Acara kebudayaan dan produk tempatan 25 Ogos ini

Acara kebudayaan dan produk tempatan 25 Ogos ini

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Dewan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (DPPMB) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan mengadakan Acara Kebudayaan dan Produk-Produk Tempatan pada 25 hingga 28 Ogos ini di Dermaga Diraja, di sini.

Wakil dari Program Inisiatif-inisiatif Kotej dan Belia, DPPMB, Kapten (B) Zailan bin Pehin Dato Mohd Don memberitahu dalam sidang media di Arkib Negara, hari ini bahawa selain menyokong Bandar Budaya ASEAN Bandar Seri Begawan, acara itu juga bersempena dengan Hari Keluarga Kebangsaan 2016 dan Bandar Ku Ceria yang masing-masing dianjurkan oleh KKBS dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.

Menurutnya, majoriti pengeluaran kampung tergolong dalam produk-produk berkualiti tinggi dan sederhana, daripada pengaruh taraf hidup dan pendedahan ke arah tahap pendidikan yang baik, yang mewujudkan kelebihan baik untuk memberi tumpuan sebagai industri yang matang.

Dengan acara ini, katanya, akan mewujudkan pendedahan konsisten untuk usahawan-usahawan yang berbakat bagi memasarkan produk mereka.

Acara tersebut akan mempamerkan kebudayaan, muzik, seni, pelancongan dan program-program sosial perusahaan dengan menjual produk-produk tempatan, tambah nilai, penjenamaan semula dan kitar semula.

Kapten (B) Zailan pada sidang media tentang Acara Kebudayaan dan Produj-produk Tempatan.
Kapten (B) Zailan pada sidang media tentang Acara Kebudayaan dan Produj-produk Tempatan.

Antara produk-produk yang boleh didapati pada acara tersebut termasuklah makanan dan minuman, pakaian, barang-barang kreatif, seni, budaya, perkhidmatan kecantikan dan banyak lagi.

“Konsep sebenar akan diubah untuk memenuhi permintaan peserta, suasana yang baik untuk orang ramai dan vendor dengan dilindungi sepenuhnya menggunakan struktur khemah berhawa dingin,” ujarnya.

Katanya lagi, acara itu juga akan dikunjungi oleh Menteri-menteri ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian (AMCA), Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Keseniaan (SOMCA), menteri-menteri, presiden-presiden persatuan perniagaan dan ramai lagi.

Selain daripada jualan barangan dan produk daripada 62 peserta yang bakal menyertai acara tersebut, juga terdapat persembahan-persembahan kebudayaan bukan sahaja dari Negara Brunei Darussalam malah dari negara-negara ASEAN yang turut serta dalam acara itu.

Namun begitu, bagi mereka yang ingin menyertai acara itu juga masih dibukakan dan bagi sebarang pertanyaan mengenainya bolehlah menghubungi talian 8348482.

Sidang media itu juga dihadiri oleh Pengarah Urusan Riza Group, Pengiran Haris bin Pengiran Haji Duraman, wakil dari KKBS serta wakil dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA