Acara keraian, cucul meriahkan Taman Perayaan

Acara keraian, cucul meriahkan Taman Perayaan

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 21 Ogos – Walaupun jauh dari ibu negara, Daerah Temburong turut tidak ketinggalan memeriahkan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan pelbagai acara termasuk gerai perayaan yang tertumpu di Taman Perayaan Pekan Bangar bermula 15 Ogos lalu.

Majoriti peniaga di gerai perayaan berkenaan adalah para belia yang tidak melepaskan peluang untuk menambah rezeki dan ini jelas menunjukkan minat para belia kini dalam perniagaan secara kecil-kecilan walaupun sekadar suka-suka.

Tahun ini sebanyak 13 permohonan bagi gerai kering diterima dengan 18 permohonan lagi bagi gerai basah yang menjual salaian, produk pertanian dan beraneka jenis masakan segera dan pesanan untuk kunjungan orang ramai yang datang untuk menyaksikan acara-acara keraian yang diadakan pada sebelah malam bermula esok (22 Ogos) hingga penghujung bulan Ogos ini nanti.

Pintu gerbang yang dihias indah penuh warna-warni bagi meraikan Hari Keputeraan Baginda Sultan yang diraikan setahun sekali.
Pintu gerbang yang dihias indah penuh warna-warni bagi meraikan Hari Keputeraan Baginda Sultan yang diraikan setahun sekali.
Gerai perayaan peluang bagi mereka yang mencari rezeki lebih ketika hari istimewa ini.
Gerai perayaan peluang bagi mereka yang mencari rezeki lebih ketika hari istimewa ini.

Gerai perayaan berkenaan mula dibuka dari jam 4 petang sehingga tengah malam.

Selain gerai perayaan, kawasan Pekan Bangar juga dihidupkan dengan gerbang-gerbang yang mempamerkan wajah Baginda Sultan, bendera negara berkibar megah di sana-sini dan lampu-lampu cucul yang berwarna-warni menyinari di sepanjang jalan pekan sehingga kawasan Taman Perayaan.

ARTIKEL YANG SAMA