Acara menarik Bank Baiduri

Acara menarik Bank Baiduri

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Bersempena ‘Baiduri Fabulous Promotion’ yang sedang berlangsung di Kompleks Membeli-Belah Mabohai sejak 1 Jun lalu, Bank Baiduri telah menganjurkan acara menyeronokkan dinamakan ‘Perlumbaan MINI’ yang berlangsung di pusat membeli-belah berkenaan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, sejumlah 15 pasukan yang merangkumi dua orang sepasukan, telah menyertai perlumbaan berkenaan yang bermula dari tingkat 1 (kawasan pentas) pusat berkenaan.

Dalam perlumbaan itu, setiap pasukan diberikan satu set pembayang yang mereka perlu tafsirkan, membawa mereka ke tempat-tempat pemeriksaan yang berlainan, iaitu kedai-kedai yang ikut serta dalam promosi itu,

Kedai-kedai yang ikut serta termasuk Best Eastern, B.Gems Jewellery, Blitz, Bossini, Carousel Enterprise, Chicco, The FaceShop, FLEXA, GlobalArt, GNC, L’Occitane, Misato Japanese Restaurant, Movies for U, Nori Lifestyle, Paloma Store, Royce Chocolates, Savy’s Restaurant, Starbucks, Supa Save, Toys R Us dan Vitaworld.

Tiga pemenang teratas perlumbaan berkenaan, masing-masing menerima baucar membeli-belah bernilai $300, $200 dan $100, sementara itu pemenang sagu hati menerima baucar bernilai $50.

Salah satu pasukan yang menang menerima hadiah daripada Pengiran Azaleen.
Salah satu pasukan yang menang menerima hadiah daripada Pengiran Azaleen.

Selain daripada itu, kategori pakaian terbaik juga diadakan dengan pemenangnya membawa pulang baucar bernilai $50.

Hadir pada majlis yang berlangsung 31 Oktober lalu itu ialah Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan Bank Baiduri Pengiran Azaleen Pengiran Dato Haji Mustapha dan Ketua Jualan Rangkaian Cawangan dan Perbankan Perniagaan Bank Baiduri, Aariz Patrick Ng.

Menurut kenyataan itu lagi, pemegang kad debit dan kredit Baiduri masih boleh membeli-belah di kedai-kedai yang ikut serta berkenaan sehingga 30 November ini untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan dalam cabutan bertuah.

Selain berpeluang memenangi sebuah kereta, pemegang kad Baiduri juga mendapat diskaun eksklusif di kedai-kedai berkenaan apabila membuat pembayaran menggunakan kad mereka sepanjang tempoh promosi.

Kedai B.Gems Jewellery dan Paloma menawarkan penjimatan sehingga 25 peratus, Carousel Enterprise dan FLEXA sehingga 20 peratus, Misato Japanese Restaurant dan Nori Lifestyle sehingga 15 peratus, Bossini dan The FaceShop sehingga 10 peratus serta Best Eastern dan L’Occitane menawarkan potongan harga sehingga 5 peratus.

Terma-terma dan syarat promosi berkenaan boleh didapati pada laman sesawang Bank Baiduri (www.baiduri.com) atau aplikasi mudah alih Baiduri Deals pada bahagian promosi.

Untuk mengetahui promosi-promosi dan acara Bank Baiduri yang sedang berlangsung, orang ramai boleh mengikuti akaun Facebook (Baiduri Bank Group) atau Instagram dan Twitter (@baiduribank) bank berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA