Acara Riadah 58 disambut meriah

Acara Riadah 58 disambut meriah

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Salah satu lagi acara sempena ulang tahun penubuhan Radio Brunei ke 58 Tahun ialah Riadah 58 yang juga diselajurkan dengan Sambutan Hari Keluarga bagi warga di Jabatan Radio Televisyen Brunei.

Acara yang diadakan di Taman Riadah Tasik Sarubing Kampung Belimbing Subok itu diserikan dengan pelbagai acara seperti Senamrobik dan walkaton sekitar taman berkenaan.

Hadir di acara tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim yang juga Ketua Kampung Belimbing.

Yang turut hadir ialah Pengarah Radio Televisyen Brunei, Haji Mohd Suffian bin Haji Bongsu berserta para pegawai kanan dan kakitangan di jabatan berkenaan di samping para ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Mukim Kota Batu khususnya di Kampung Belimbing.

Sesi bergambar ramai bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Gapor@ Haji Md Daud.
Sesi bergambar ramai bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Gapor@ Haji Md Daud.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud.

ARTIKEL YANG SAMA