Acara riadah RPN Kg Panchor 25 Sept ini

Acara riadah RPN Kg Panchor 25 Sept ini

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mengkubau, Mukim Mentiri akan mengadakan acara riadah pada 25 September ini di Taman Riadah, Jalan Tanjung Selasih, RPN Kampung Panchor.

Acara riadah yang bermula jam 7 pagi hingga 6 petang itu akan diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti zumba, berbasikal, futsal, pertandingan Fixie, bola jaring selain jual-jualan.

Antara tujuan acara itu adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli MPK dan penduduk kampung serta orang ramai di samping mengamalkan cara hidup sihat.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk memeriahkan acara berkenaan itu nanti dan bagi mereka yang berhasrat menyertai aktiviti dan jualan tersebut ini bolehlah menghubungi talian 8685728, 8867312, 8679570,8978907 atau 7165565 bagi pertanyaan lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA