Acara sempena Hari Kemerdekaan Pakistan

Acara sempena Hari Kemerdekaan Pakistan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Sempena Hari Kemerdekaan Pakistan, semua warga Pakistan yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam dijemput untuk menghadiri upacara menaikkan bendera kebangsaan pada 14 Ogos ini.

Acara menaikkan bendera berkenaan akan diadakan pada jam 8:30 pagi di Suruhanjaya Tinggi Pakistan beralamat di No.15, Simpang 247-3, Jalan Berakas, Kampung Lambak Kanan.

Pemangku Suruhanjaya Tinggi Pakistan, Ahmed Ali Sirohey akan menaikkan bendera Pakistan dan membacakan perutusan presiden dan perdana menteri sempena hari bersejarah tersebut.

 

ARTIKEL YANG SAMA