Acara sukan ceriakan Hari Keluarga SR PKBB II

Acara sukan ceriakan Hari Keluarga SR PKBB II

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 10 Mei – Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta untuk memberikan ruang dan peluang kepada ibu bapa mengenali tenaga pengajar serta kakitangan sekolah, Sekolah Rendah (SR) Perpindahan Kampung Bukit Beruang II (SR PKBB II), Tutong mengadakan Hari Keluarga di Dewan serbaguna sekolah itu, kelmarin.

Murid-murid dan ibu bapa telah menyertai pelbagai acara sukan yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu Kategori A – ibu bapa dan anak melukis gambar keluarga, Kategori B – bapa dan anak mengelecek bola, Kategori C – ibu dan anak memasukkan bola kertas dan Kategori D – penjaga dan anak atau nenek dan cucu menyambung gelang getah.

Guru Besar sekolah, Hajah Nurul Innani telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang sambutan Hari Keluarga yang dihasratkan untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang berkesan ke arah melahirkan masyarakat berdaya maju.

Ibu bapa dan murid-murid mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan sempena Hari Keluarga.
Ibu bapa dan murid-murid mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan sempena Hari Keluarga.