Acara sukan mendaki di Olimpik 2020?

Acara sukan mendaki di Olimpik 2020?

TOKYO, 28 Sept (dpa) – Jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Tokyo hari ini memutuskan untuk mencadangkan agar sukan besbol-sofbol, karate, luncur air, sukan mendaki dan papan selaju ditambah ke dalam acara sukan berkenaan pada 2020.

Lima sukan tersebut, jika diterima oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), akan menambah kepada 18 acara yang bakal dipertandingkan dan seramai 474 atlet dimasukkan ke dalam program bagi Sukan Olimpik 2020, kata jawatankuasa berkenaan.

Jawatan itu membuat perakuan berkenaan daripada sejumlah lapan sukan baru yang dicadangkan.

IOC akan membuat keputusan akhir mengenai acara Olimpik 2020 itu pada bulan Ogos depan di Rio de Janeiro.

Salah satu sukan yang dicadangkan untuk acara di Olimpik 2020 ialah sukan mendaki.
Salah satu sukan yang dicadangkan untuk acara di Olimpik 2020 ialah sukan mendaki.

ARTIKEL YANG SAMA