Acara SUKMA kekal 24 jenis

Acara SUKMA kekal 24 jenis

SIBU, 19 Julai – Jumlah acara yang bakal dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) selepas ini kekal kepada 24 jenis, kata Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Abdul Jalil Abdullah.

Beliau berkata ini berikutan keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Sukma (MTS) yang mengambil kira implikasi kewangan yang bakal ditanggung negeri yang menganjurkannya dan negeri lain yang menyertai temasya dwitahunan itu.

“Kita kena lihat realiti. Jumlah sukan yang banyak akan membebankan pihak penganjur dari segi penyediaan fasiliti sukan yang memerlukan kos kewangan yang tinggi,” katanya kepada pemberita semasa melawat Stadium Taman Rejang di sini yang menjadi gelanggang bagi perlawanan bola tampar SUKMA 2016.

Dalam lawatan itu, Abdul Jalil melahirkan rasa puas hati dengan fasiliti yang terdapat di stadium berkenaan. – Bernama