ACCP bantu kapasiti siber ASEAN

ACCP bantu kapasiti siber ASEAN

SINGAPURA, 11 Okt – Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura, Yaacob Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa negaranya dengan sukacitanya melancarkan 10 juta dolar Singapura (AS$7.25 juta) bagi Program Kapasiti Siber ​​ASEAN (ACCP) untuk membantu dana pelbagai usaha untuk mendalamkan lagi kapasiti siber di seluruh negara-negara anggota ASEAN.

Menteri Yaacob Ibrahim membuat pengumuman itu dalam ucapan pembukaan pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN terhadapa Keselamatan Siber, yang telah diadakan semasa Minggu Siber ​​Antarabangsa Singapura 2016.

Yaacob Ibrahim berkata program itu, yang akan dilancarkan pada bulan April 2017, akan menyediakan sumber bagi meluaskan skop aktiviti pembinaan kemahiran teknikal yang lebih baik. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA