Aceh musnahkan gereja selepas kekacauan

Aceh musnahkan gereja selepas kekacauan

BANDA ACEH, Indonesia, 19 Okt – Pasukan keselamatan Indonesia hari ini memusnahkan tiga buah gereja Kristian di Aceh, akur dengan tuntutan daripada Muslim berhaluan kiri selepas keganasan agama menggegarkan wilayah dominan Islam itu minggu lalu.

Pegawai keselamatan kerajaan tempatan menggunakan tukul besi untuk memusnahkan dua buah gereja Protestan dan sebuah gereja Katolik—bangunan sederhana dibuat dari kayu, konkrit dan timah di bandar selatan Aceh Singkil, ketika Kristian melihat sahaja dan menangis.

“Tidak ada isu semasa pemusnahan memandangkan persetujuan sudah pun dicapai bersama dengan masyarakat Kristian,” pegawai tempatan Abdul Manaf memberitahu AFP, memetik tidak ada permit sesuai bagi pemusnahan gereja-gereja.

Pihak berkuasa mengatakan tujuh buah lagi gereja akan dimusnahkan dalam beberapa hari akan datang, susulan mesyuarat antara masyarakat Islam dan Kristian mengenai isu itu.

Ia dibuat seminggu selepas 100 perusuh membawa kayu, merobohkan gereja di daerah itu, kemudian bergaduh dengan Kristian dalam pertempuran yang mengakibatkan seorang Muslim mati dan empat yang lain cedera.

Polis dan tentera dikerahkan untuk memastikan keamanan dan berpuluh-puluh ditahan. Keganasan berlaku berikutan satu tuntutan daripada sebuah kumpulan belia Islam awal bulan ini agar kerajaan tempatan memusnahkan sejumlah gereja beroperasi tanpa permit. – AFP