Aceh pisahkan jantina di sekolah

Aceh pisahkan jantina di sekolah

BANDA ACEH, Indonesia, 4 Mei (Reuters) – Sebuah daerah di Indonesia telah meluluskan penggubalan undang-undang yang memerlukan sekolah untuk mengajar murid lelaki dan perempuan secara berasingan dan menyusulinya dengan larangan yang menegah dua jantina berlainan daripada menaiki motosikal bersama-sama.

Aceh, satu-satunya wilayah yang berpegang pada undang-undang syariah Islam di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, dalam tempoh beberapa tahun telah meluluskan siri-siri peraturan ketat yang mengakibatkannya berselisih faham dengan seluruh negara itu.

Minggu lalu Aceh Utara telah meluluskan penggubalan undang-undang yang juga memerlukan Al-Quran dibaca setiap malam, dan menyerahkannya kepada kerajaan wilayah untuk diluluskan.

“Apa yang kami lakukan kini akan sama seperti apa yang berlaku pada masa ini di sekolah-sekolah asrama Islam biasa,” kata Fauzan Hamzah, seorang anggota badan perundangan pihak pemerintah.

“Saya harap dasar ini tidak hanya dilaksanakan di pemerintahan Aceh Utara, tetapi juga di seluruh wilayah.”

Seorang lelaki dan wanita menunggang motosikal di Banda Aceh, 4 Mei. Daerah Utara Aceh di Indonesia, meluluskan undang-undang melarang lelaki dan wanita belum berkahwin untuk menunggang motosikal bersama, undang-undang terbaru selain memisahkan jantina dalam sekolah di wilayah itu. – AFP
Seorang lelaki dan wanita menunggang motosikal di Banda Aceh, 4 Mei. Daerah Utara Aceh di Indonesia, meluluskan undang-undang melarang lelaki dan wanita belum berkahwin untuk menunggang motosikal bersama, undang-undang terbaru selain memisahkan jantina dalam sekolah di wilayah itu. – AFP

Para ahli undangan juga meluluskan perundangan yang menegah lelaki dan wanita dari bersama-sama menaiki motosikal, kata Hamzah. Dia berkata “Saya percaya tidak akan ada halangan terhadap undang-undang yang dicadangkan ini kerana majoriti orang menyokongnya.”

Dalam tahun 2013 para ahli undangan telah menegah wanita dari membonceng motosikal melainkan duduk mengiring, tetapi peraturan itu jarang sekali dikuatkuasakan. Wilayah itu juga meluluskan undang-undang anti-homoseksual dalam bulan Oktober lalu yang menghukum sesiapa yang didapati melakukan hubungan seks gay, akan dihukum dengan 100 sebatan.