Acer Aspire R 11 dilengkapi Windows 10

Acer Aspire R 11 dilengkapi Windows 10

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Acer Malaysia baru-baru mengumumkan pelancaran Acer Aspire R 11, peranti pertama di pasaran yang dilengkapi Windows® 10 sistem operasi yang baru sahaja diperkenalkan.

Dengan saiz kompak 11.6 inci, penambahan terbaharu dalam rangkaian peranti boleh ubah (convertible) Acer ini memiliki faktor bentuk paling kecil dalam kategorinya. Rekaannya yang unik bersama engsel 360 darjah membolehkannya bertukar menjadi empat mode, sekali gus menjadikan tugas untuk menghasilkan kandungan dan perkongsian lebih mudah.

“Acer komited untuk menggabungkan inovasi terbaharu di dalam rangkaian produk kami yang luas, demi memaksimumkan teknologi kepada para pelanggan. Tambahan pula, kami diiktiraf melalui sokongan yang kami terima daripada pengguna dan menjadikan kami No. 1 dalam kiraan Jumlah Penghantaran Komputer pada suku pertama 2015 berdasarkan laporan daripada IDC World-wide Quarterly PC Tracker pada Februari 2015,” kata Pengarah Jualan dan Produk, Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Chan Weng Hong.

“Penambahan Aspire R 11 ke dalam produk-produk kami yang mempunyai pelbagai faktor bentuk membuktikan keupayaan Acer dalam menyediakan inovasi terkini dengan pantas ke pasaran. Aspire R 11 juga melengkapkan satu rangkaian produk Acer yang sedia ada untuk proses naik taraf Windows®. Malah, model Aspire E series yang akan ditawarkan tidak lama lagi juga akan hadir bersama Windows® 10,” tambah Chan lagi.

“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Acer untuk membawakan peranti pertama yang dilengkapi oleh sistem operasi Windows® 10 terkini. Windows® 10 kini lebih laju dan menawarkan pengalaman sama yang lebih selamat serta boleh dikemaskini secara automatik. Menampilkan inovasi-inovasi baharu seperti Microsoft Edge dan Continuum, Windows® 10 merupakan Windows yang terbaik setakat ini. Ketika kita meraikan era baru Windows, kami tidak sabar untuk melihat peranti-peranti baharu yang mengagumkan seperti Acer Aspire R 11 – yang dikuasakan oleh Windows® 10 dalam masa beberapa minggu dan bulan akan datang,” kata Ketua Kumpulan Saluran Pengguna Microsoft Malaysia, Bruce Howe.

Para tetamu kehormat bergambar ketika majlis pelancaran Acer Aspire R11 bersama-sama dengan pelbagai jenis peranti jenama Acer.
Para tetamu kehormat bergambar ketika majlis pelancaran Acer Aspire R11 bersama-sama dengan pelbagai jenis peranti jenama Acer.

Kerangka Acer Aspire R 11 direka dengan tekstur seperti fabrik yang bukan sahaja menarik perhatian, malah menawarkan genggaman yang lebih kuat dan tahan calar. Ia pasti memberikan jaminan dan rasa selamat kepada pengguna apabila menggunakan komputer riba ini di mana-mana sahaja. Skrin sesentuh HD bersaiz 11.6 inci yang menampilkan teknologi Zero Air Gap pula menawarkan pengalaman tontonan yang lebih jelas dan tajam. Ia hadir dengan Corning Gorilla Glass untuk perlindungan lebih baik daripada calar dan memberikan pengalaman sentuhan yang lancar. Acer Aspire R 11 juga hadir bersama lapisan anti cap jari yang memastikan permukaan skrin sentiasa bersih dan jelas apabila skrin sesentuh digunakan.

Reka bentuk engsel torque berkembar 360 darjah yang unik pada Acer Aspire R 11 membolehkan komputer riba ini ditukar kepada empat mode dengan mudah – notebook, pad, paparan dan tent untuk pengalaman serta penggunaan yang lebih efisien dan mengasyikkan, sama ada untuk membaca, menghasilkan atau berkongsi kandungan.

Engsel yang sangat versatil itu telah dikukuhkan lagi, oleh torque tambahan yang bertindak sebagai penstabil untuk panel dan menawarkan pengalaman sentuhan yang mantap dan anti-goyang. Tambahan lagi, reka bentuk Acer Aspire R 11 yang transformatif dan fleksibel, membolehkan output saluran audio diubah secara automatik berdasarkan orientasi skrin.

Acer Aspire R 11 didatangkan dengan beberapa ciri baharu seperti Acer TrueHarmony yang membawa aspek hiburan ke satu tahap baru. Ia menawarkan kualiti audio lebih hidup yang membuatkan aktiviti menonton filem, mendengar muzik atau bermain permainan video lebih menyeronokkan.

Pembesar-pembesar suaranya menggunakan binaan diafram kertas yang direka khas agar lebih kukuh dan fleksibel. Ini bagi menawarkan kejelasan suara yang maksimum dan julat bunyi bass lebih luas dengan gangguan yang minimum.

Ciri Acer BluelightShield™ pula melindungi mata pengguna daripada bahaya cahaya biru. Ia mengurangkan keletihan mata dengan meminimumkan emisi lampu biru daripada skrin melalui tiga mode, iaitu Low Reduction – mengurangkan pengeluaran lampu biru daripada modul pencahayaan LED sebanyak 18%, ia berkesan seperti sepasang cermin mata anti lampu biru yang biasa, High Reduction – Mengurangkan pengeluaran lampu biru daripada modul pencahayaan LED sebanyak 36% untuk melindungi mata dengan lebih baik dan Long Hour Mode – Paparan ditala secara profesional oleh jurutera optikal untuk mengurangkan keletihan mata kerana menghadap skrin dalam tempoh yang lama.

Dengan kuasa bateri mampu bertahan sehingga lapan jam, penukaran empat mode Acer Aspire R 11 membolehkan penggunaan maksimum sepanjang hari.

Komputer riba cantik dan bergaya ini juga boleh disimpan dengan mudah ke dalam beg untuk kegunaan mereka sentiasa bergerak dan ditawarkan pada harga RM1,499 seunit dan sudah boleh didapati di semua Penjual Sah Acer di seluruh negara. Mereka yang membeli Acer Aspire R 11 baharu boleh mengambil bahagian dalam peraduan “Why Not Win a Mazda3?” yang sedang berlangsung. Mereka berpeluang memandu pulang sebuah Mazda3 baharu dan memenangi pelbagai hadiah menarik apabila membeli produk-produk terpilih yang dikuasakan oleh Intel.

Untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah melayari laman Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat).