Acer lancar siri Predator

Acer lancar siri Predator

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Acer telah melancarkan siri Acer Predator bagi penggemar permainan komputer, yang kini boleh diperoleh di Concepts Computer, Kiulap, di sini, dengan majlis perasmiannya hari ini.

Perasmian barisan siri Acer Predator itu pada majlis yang diadakan di Pejabat Concepts Computer, Kiulap, telah disempurnakan oleh Pengurus Acer cawangan Miri, Richard Soo dan Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao.

Barisan siri Acer Predator ini memberikan pelbagai pilihan kepada para pemain permainan komputer seperti komputer, komputer riba atau tetikus canggih yang mampu memberikan pengalaman bermain yang lebih menarik dan mencabar bagi mereka.

Di samping itu, bagi menambahkan lagi pengalaman bermain permainan komputer yang lebih canggih, Acer juga telah bekerjasama dengan rakan-rakannya iaitu Microsoft dan Intel untuk menghasilkan produk-produk barisan terbaru Predator supaya para pemain memiliki kuasa yang diperlukan untuk bersaing di dunia permainan siber yang baru.

Richard Soo dan Vincent Pao bersama-sama pegawai dan kakitangan Concepts Computer semasa pelancaran siri Acer Predator.
Richard Soo dan Vincent Pao bersama-sama pegawai dan kakitangan Concepts Computer semasa pelancaran siri Acer Predator.
Barisan produk siri Acer Predator yang kini boleh diperoleh di pasaran Brunei.
Barisan produk siri Acer Predator yang kini boleh diperoleh di pasaran Brunei.

Antara barisan produk siri Acer Predator yang diperkenalkan ke pasaran Brunei termasuk peranti pintar Predator 8, komputer Acer Predator G6 dan G3 serta komputer riba Acer Predator 15 dan 17.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan produk itu boleh melayari laman Facebook Acer atau menghubungi Acer Miri di talian +6085436900 pada waktu bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang.

ARTIKEL YANG SAMA