Acer P1185 sesuai tonton wayang di rumah

Acer P1185 sesuai tonton wayang di rumah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Concepts Computer telah memperkenalkan produk Acer baru ke pasaran Brunei iaitu Projektor Acer P1185 yang sesuai bagi hiburan, pendidikan atau profesional.

Acer P1185 memancarkan imej yang sangat jelas dengan resolusi SVGA dan kecerahan 3,200 Lumen ANSI, di samping jangka hayat lampu yang lama sehingga 4,000 jam, pasti sesuai untuk menonton wayang bersama keluarga atau rakan-rakan.

Sempena pelancaran ini, Concepts turut menawarkan promosi beli dengan beli, yang mana, setiap pembelian projektor ini pelanggan akan layak untuk membeli skrin projektor berukuran 70” X 70” pada harga yang sangat menarik.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi bilik pameran Concepts Computer di talian 2233551/2/3.

Acer P1185 kini dijual di pasaran Brunei.
Acer P1185 kini dijual di pasaran Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA