Acer Revo, mini & trendy

Acer Revo, mini & trendy

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Concepts Computer selaku pengedar produk jenama Acer di negara ini, telah memperkenalkan produk terbaru Acer iaitu komputer mini Acer Revo RL85-2957W8 yang kini boleh diperoleh di cawangan Concepts Computer, Kiulap.

Revo merupakan komputer mini yang berkuasa tinggi yang juga boleh digunakan sebagai alat penyimpanan media digital, yang mana dengan rekaannya yang kecil dan padat, ia sesuai diletakkan di ruang tamu. Produk terbaru yang diedarkan oleh Concepts Computer itu, juga boleh disaksikan dan diperoleh semasa Pesta Pengguna ASEAN 2015 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas sehingga 14 Julai nanti.

Acer Revo RL85-2957W8 dikuasakan pemproses Intel Core, RAM 2GB dengan storan dalaman 500GB, menggunakan sistem operasi Windows 8.1 serta mempunyai sambungan wayarles.

Menurut Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao, Acer Revo itu memberikan peluang kepada para pengguna untuk menikmati rancangan atau perisian hiburan mereka dengan mudah secara digital atau melalui format dalam talian.

Vincent Pao dan Zul Abdul Rahman menunjukkan Acer Revo yang kini boleh didapati dari cawangan Concepts Computer atau di Ruang Pameran Concepts Computer di Pesta Pengguna ASEAN 2015.
Vincent Pao dan Zul Abdul Rahman menunjukkan Acer Revo yang kini boleh didapati dari cawangan Concepts Computer atau di Ruang Pameran Concepts Computer di Pesta Pengguna ASEAN 2015.

Sementara itu, Eksekutif Pasaran Concepts Computer, Zul Abdul Rahman berkata Acer Revo bukan sahaja komputer mini yang berkuasa tetapi reka bentuknya yang kecil menjadikannya amat menarik bagi pengguna-pengguna trendy masa kini.

Acer Revo boleh diperoleh di Concepts Computer pada harga istimewa dan dengan setiap pembelian, pembeli akan menerima top-up Easi $20 dan pendrive Apacer 16GB semasa stok masih ada. Mereka yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian, 2233551, 2233552 atau 22335533 atau berkunjung ke bilik pameran terdekat Concepts Computer.

ARTIKEL YANG SAMA