Acura NSX kem...

Acura NSX kembali dengan rupa, kuasa baru

SELEPAS menghilang selama 12 tahun, Acura NSX kembali pada 2017 sebagai kereta super hibrid petrol-elektrik pertama menggabungkan penampilan eksotik dan pengendalian kereta sukan dengan enjin dan teknologi kuasa elektrik terkini.

Enjin turbo berkembar V-6 di belakang tempat duduk berfungsi seiring dengan motor elektrik antara roda depan dan belakang menjana 573 kuasa kuda dan 476 kaki pound tork untuk mengungguli kereta sukan berkuasa petrol prestasi unggul dengan kecekapan bahan api yang menakjubkan.

Kerajaan persekutuan AS memberikan perkadaran penggunaan bahan api 21 batu segelen kepada NSX 2017 bagi pemanduan di bandar dan 22 batu segelen di lebuh raya – peningkatan 17 peratus berbanding NSX sebelumnya.

Penarafan perbatuan itu membantu NSX 2017 mengelakkan cukai gas kerajaan persekutuan yang mahal untuk mengatasi kereta super dua tempat duduk seperti McLaren, Ferrari, Lamborghini dan Mercedes-Benz.

Tetapi NSX baru ini bukan sekadar kereta sukan yang cekap bahan api. Motor elektrik yang memacu roda depan dengan bebas juga menyediakan vektor tork untuk menggerakkan semua roda kepada tahap ketepatan membelok yang baru.

Selepas hilang selama 12 tahun, Honda NSX atau model yang dikenali sebagai Acura NSX 2017 di AS kembali semula sebagai kereta super hibrid petrol-elektrik yang pertama. – AP
Selepas hilang selama 12 tahun, Honda NSX atau model yang dikenali sebagai Acura NSX 2017 di AS kembali semula sebagai kereta super hibrid petrol-elektrik yang pertama. – AP

NSX 2017 dipadankan dengan transmisi dwi-klac sembilan kelajuan.
NSX 2017 dipadankan dengan transmisi dwi-klac sembilan kelajuan.

Kuasa elektrik pula menambah kepantasan bermula, kemudian peralihan kuasa enjin yang mantap dan lancar dengan setiap henjutan pedal minyak memindahkan tork serta-merta dari motor elektrik, jadi NSX terasa begitu pantas dan responsif sepanjang perjalanan.

Dengan harga permulaan runcit yang disyorkan pengilang termasuk caj destinasi daripada AS$157,800, NSX 2017 melemahkan banyak pesaing, tetapi harganya boleh melebihi AS$200,000 apabila pilihan seperti kepingan gentian karbon dan rotor brek karbon-seramik ditambah.

Berdasarkan pandangan pada bahagian luaran, NSX mempunyai badan anggun yang rendah dan berkilat. Ketinggian badannya dari tanah hanya 3.7 inci, dengan pemandu dan penumpang terpaksa menunduk rendah untuk duduk di kerusinya, di mana ia dipasang pada kedudukan sempurna untuk melihat ekzos trak dan SUV di hadapan mereka.

Dengan lebar 87.3 inci, kabin NSX terasa lebih luas daripada yang dijangka. Ruangan untuk kaki pula 42.8 inci dan ruang di atas kepala pula setinggi 38.3 inci.

Bunyi enjin kedengaran kuat dari belakang tempat duduk di mana ia dipasang. Tetapi ada mode memandu ‘senyap’ dengan kuasa elektrik sahaja jika anda sanggup bergerak dengan kelajuan kurang daripada 20 batu sejam.

Enjin V-6 3.5-liter twin-turbocharged dan ‘overhead cam double’ boleh dilihat di bawah hood, di bawah kaca tingkap belakang. Enjin, baru Acura dan syarikat induknya Honda, dilengkapi suntikan langsung untuk penghantaran bahan api biasa dan suntikan ‘port’ untuk kuasa tambahan dalam pemanduan berprestasi tinggi.

Enjin turbo berkembar V-6 boleh menjana 573 kuasa kuda dan 476 kaki pound tork untuk mengungguli kereta sukan berkuasa petrol dengan prestasi unggul.
Enjin turbo berkembar V-6 boleh menjana 573 kuasa kuda dan 476 kaki pound tork untuk mengungguli kereta sukan berkuasa petrol dengan prestasi unggul.

Enjin Acura NSX 2017 dipadankan dengan transmisi dwi-klac sembilan kelajuan yang boleh digerakkan seperti transmisi automatik biasa atau beralih secara manual tanpa perlu menekan pedal klac.

NSX begitu mantap, kukuh mencengkam jalan raya dan memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang walaupun bergerak di laluan yang tidak sempurna.

Acura NSX tetap menakjubkan untuk pemanduan jalan rata, selekoh dan memecut dengan agresif dan tidak terasa ringan. NSX baru seberat 3,800 pound atau 600 pound lebih berat berbanding model sebelumnya kerana tambahan motor elektrik dan pek bateri ion litium.

Kawalan pada papan pemuka menampakkan NSX bukan seperti Acura. Sebagai contoh, NSX tidak mempunyai paparan skrin menegak yang besar seperti komputer tablet pada skrin McLarens, Volvo terbaru dan Tesla Model S.

NSX juga tidak memisahkan suspensi dan kawalan enjin bagi membolehkan pemandu memadankan pengalaman memandu seperti yang McLaren lakukan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA