Ada Apa Dengan Rina sertai Festival Filem ASEAN

Ada Apa Dengan Rina sertai Festival Filem ASEAN

Oleh Norizan Murshid

 

BANGKOK – Sebanyak 10 buah filem dari negara-negara ahli ASEAN telah terpilih bagi menyertai Bangkok ASEAN Film Festival 2015 yang telah bermula dari 27 Ogos hingga 20 September 2015.

Filem Ada Apa Dengan Rina (AADR) terbitan RegalBlue Production telah terpilih bagi mewakili Negara Brunei Darussalam dan ditayangkan dengan sarikata Bahasa Thai dan Inggeris.

Untuk festival ini pihak penganjur mengadakan dan menayangkan filem-filem secara “tour” di empat lokasi di seluruh Thailand iaitu di Bangkok, Chiang Mai, Khon Kaen dan Surat Thani.

Menurut Pengarah AADR, Awang Harlif Mohammad, sambutan yang diberikan oleh penonton dari pelbagai lapisan bangsa dan peringkat umur di Bangkok cukup menggalakkan.

Filem Ada Apa Dengan Rina (AADR) terbitan RegalBlue Production telah terpilih bagi mewakili Negara Brunei Darussalam dan ditayangkan dengan sarikata Bahasa Thai dan Inggeris.
Filem Ada Apa Dengan Rina (AADR) terbitan RegalBlue Production telah terpilih bagi mewakili Negara Brunei Darussalam dan ditayangkan dengan sarikata Bahasa Thai dan Inggeris.

Ini adalah tayangan perdana AADR di Thailand. Filem ini juga pernah ditayangkan di festival-festival filem di Arab Saudi, Korea, Malaysia, Singapura, Laos dan Myanmar.

Penerbit AADR, Nurain Peeraya memaklumkan pada 10 September 2015 filem Ada Apa Dengan Rina akan di tayangkan di Expo Milano 2015 , Milan, Itali.

Untuk perkembangan mengenai filem AADR, orang ramai boleh mengikutinya di laman facebook “Ada Apa Dengan Rina”.

ARTIKEL YANG SAMA