Ada ‘hantu’

Ada ‘hantu’

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Pusat Membeli-belah Times Square kini sedang mengadakan karnival mini dengan mengetengahkan rumah hantu, yang telah bermula kelmarin hingga 13 September, sempena musim cuti penggal persekolahan kali ini.

Menurut kenyataan Times Square, karnival mini ini bertemakan sebuah hospital berhantu di mana para pengunjung dapat menyertai dan mengatasi ketakutan mereka dengan berjalan melalui sebuah rumah yang dipenuhi pelbagai jenis hantu.

Selain itu, beberapa permainan lain juga dibukakan untuk para pengunjung seperti, meletupkan belon dan mewarna muka. Kupon-kupon dijual di kaunter tiket dan hadiah-hadiah dipamerkan ketika menuntutnya.

Semasa karnival itu, Times Square juga akan bekerjasama dengan Best Eastern untuk mengadakan beberapa aktiviti dan pertandingan seperti mewarna rambut, seni kuku dan pertandingan mewarna.

Best Eastern juga akan melancarkan pembuatan gelang mereka yang digelar Charmazing ketika karnival itu.

Antara ‘hantu’ yang berkeliaran di karnival tersebut.
Antara ‘hantu’ yang berkeliaran di karnival tersebut.

Dalam pada itu, Times Square turut mengumumkan bahawa terdapat beberapa acara akan diadakan dalam jangka waktu terdekat termasuk Festival Makanan Jepun dan Filem dari 18 hingga 20 September, Wedding Exhibition pada 25 hingga 29 September dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA