Ada ‘kebaikan’ Rusia, Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia

Ada ‘kebaikan’ Rusia, Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia

LONDON, 6 Okt – Perbalahan mengenai penganugerahan Piala Dunia 2018 dan 2022 kepada Rusia dan Qatar adalah ‘perkara terbaik’ bagi bola sepak kerana ia membantu mendedahkan amalan rasuah dan korupsi, presiden CONCACAF mencadangkan semalam.

Keputusan penganjuran itu mencetuskan penyiasatan yang mendedahkan berlakunya rasuah dalam perlawanan global tahun lepas dan membawa kepada kejatuhan tokoh-tokoh seperti bekas presiden FIFA Sepp Blatter.

“Mungkin perkara terbaik yang berlaku kepada bola sepak adalah Rusia dan Qatar,” presiden CONCACAF, Victor Montagliani memberitahu Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan Sukan di Stadium Stamford Bridge, Chelsea di London.

Dalam temubual bersama AFP, dia berkata: “Ia seperti pemangkin kepada orang ramai untuk berkata, “Apa yang berlaku di sini?”

“Adakah apa yang berlaku pada 2015 akan berlaku jika tidak terdapat kemarahan mengenai proses bagaimana Piala Dunia dimenangi?

“Tanpa mengira dua buah negara itu dalam bidaan, saya pasti mereka melakukan tugasan terbaik tetapi ia mengejutkan dunia bola sepak daripada kedudukan kepimpinan. Jelas sekali ia adalah ribut sempurna.”

Montaglini, bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Kanada, dilantik menjadi ketua CONCACAF yang menyelia bola sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean Mei lalu.

Bertindak kepada tekanan presiden FIFA, Gianni Infantino untuk mengembangkan Piala Dunia kepada 48 pasukan yang diumumkan Isnin lalu, Montagliani berkata, ‘jelas’ perlawanan itu akan menjadi lebih besar.

Dia juga menyuarakan hasrat untuk membawa kembali perlawanan itu ke rantau CONCACAF buat kali pertama sejak AS menghoskan Piala Dunia pada 1994.

“Saya rasa sudah tiba masanya Piala Dunia kembali ke CONCACAF,” kata Montagliani, yang juga naib presiden FIFA. – AFP