Ada pihak lain terlibat musnahkan tapak warisan

Ada pihak lain terlibat musnahkan tapak warisan

NEW YORK, 21 Okt – Kumpulan Negara Islam IS boleh menguasai tajuk utama mengenai pemusnahannya terhadap tapak warisan di Syria, tetapi menurut kajian baru Amerika Syarikat yang memberi amarannya hari ini, kemungkinan IS bukanlah satu-satunya punca terhadap perbuatan jenayah tersebut.

Beberapa anggota lain seperti Rejim Syria, Kurdish dan pihak pembangkang lain juga terlibat dalam kemusnahan itu, menurut kajian yang diketuai oleh pakar dalam bidang arkeologi Timur Tengah di Universiti Dartmouth.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal Near Eastern Archaeology, adalah berdasarkan kepada analisis imej satelit daripada hampir 1,300 daripada anggaran 8,000 tapak arkeologi Syria.

“Perhatian media telah membawa kepada salah faham yang meluas bahawa ISIS adalah punca utama pemusnahan,” kata Jesse Casana, profesor madya di Dartmouth, menggunakan satu lagi singkatan kumpulan IS.

“Dengan menggunakan imej satelit, penyelidikan kami dapat menunjukkan pemusnahan sudah berlaku sekian lama di semua tempat di Syria.”

Bandar purba Iraq, Nimrud yang menjadi salah sebuah kawasan pemusnahan ISIS Mac lalu. – Reuters
Bandar purba Iraq, Nimrud yang menjadi salah sebuah kawasan pemusnahan ISIS Mac lalu. – Reuters

Kajian berkenaan mendapati bahawa lebih daripada 26 peratus daripada tapak warisan dunia telah dimusnahkan terutama di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pembangkang Kurdish atau anggota lainnya.

Kira-kira 21.4 peratus daripada pemusnahan kawasan tapak warisan berada di kawasan kawalan IS dan 16.5 peratus di kawasan rejim Syria. – AFP