Adakah pembua...

Adakah pembuangan kuku kucing penyelesaian yang baik?

TRENTON – New Jersey merupakan negeri pertama yang melarang pembuangan kuku kucing (dengan cara pembedahan).

Arahan itu mengharamkan onychectomies dan flexor tendonectomy terhadap kucing atau binatang lain kecuali atas nasihat doktor haiwan. Perkara ini masih disemak dan tindakan lanjut masih belum diketahui bila.

Amalan yang selalunya dilakukan untuk menghalang kucing dari mencarik-carik perabot atau melukakan manusia atau binatang lain ini telah diharamkan di beberapa buah bandar California dan di hampir 20 buah negara. Namun, undang-undang yang sama telah dibubarkan di New York.

“Pembuangan kuku kucing (dengan cara pembedahan) merupakan amalan yang sangat kejam dan selalunya dilakukan untuk memberikan kesenangan kepada pengasuh dan bukan kerana ia perlu,” kata penaja undang-undang itu, Troy Singleton dalam satu kenyataan.

Onychectomy dilakukan dengan memotong hujung tulang jari kucing manakala flexor tendonectomy dilakukan dengan membuang tendon yang mengawal kuku di setiap jari. Ini bermaksud kuku kucing tersebut tidak akan dibuang tapi kucing itu tidak akan dapat merenggangkan atau memanjangkan kukunya, kata Singleton.

Kuku bagaikan jari kucing, mereka menggunakannya untuk mencakar dan memanjat.
Kuku bagaikan jari kucing, mereka menggunakannya untuk mencakar dan memanjat.
Mencakar merupakan tingkah laku normal kucing, dan pemilik kucing boleh memberikan mereka kotak atau karpet untuk dicakar. – AP
Mencakar merupakan tingkah laku normal kucing, dan pemilik kucing boleh memberikan mereka kotak atau karpet untuk dicakar. – AP

Di bawah undang-undang itu, doctor haiwan yang membuang kuku kucing (dengan cara pembedahan) akan menerima denda AS$1,000 atau pemenjaraan tidak kurang dari enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Orang yang melanggar undang-undang itu juga akan menerima denda tidak kurang dari AS$500 dan tidak melebihi AS$2,000.

Persatuan Doktor Haiwan Amerika yang mewakili lebih 89,000 doktor haiwan tidak menyokong undang-undang yang “memberitahu apa doktor harus buat” dan mereka tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan onychectomies merupakan amalan yang kejam.

Walau bagaimanapun, persatuan tersebut memberitahu bahawa selalunya, ia bukanlah perkara yang dibuat atas keperluan perubatan. Ia juga bukanlah perkara yang kerap dilakukan pada masa ini.

“Ia merupakan prosedur pembedahan yang boleh memberikan kesan sampingan,” kata pengarah bahagian kesejahteraan haiwan AVMA, Dr. Cia Johnson. Persatuan itu percaya pembuangan kuku kucing (dengan cara pembedahan) sepatutnya dibenarkan jika kuku kucing memberi risiko kepada tuannya dan percubaan untuk mengubah sikap kucing tersebut tidak berjaya.

Walau bagaimanapun, AVMA tidak menggalakkan tendonectomies.

Mencakar merupakan tingkah laku normal kucing, dan pemilik kucing boleh memberikan mereka kotak atau karpet untuk dicakar.

Pemilik kucing haruslah selalu memotong kuku kucing mereka. Doktor haiwan juga boleh memberikan mereka penutup kuku untuk mengurangkan kerosakan, kata Johnson.

Pemilik kucing, Laura Goode yang tinggal di North Bergen merasa pengharaman pembuangan kuku kucing (dengan cara pembedahan) merupakan perkara yang bagus.

“Ia seakan-akan membuang hujung jari mereka. Kucing menggunakannya untuk mencakar dan memanjat,” katanya.

AVMA risau jika pengharaman pembuangan kuku kucing (secara pembedahan) itu akan membuatkan pemilik kucing menyerahkan kucing mereka ke tempat perlindungan kucing. Di sana, kucing berisiko untuk dibunuh jika ia tidak diangkat. – AP
AVMA risau jika pengharaman pembuangan kuku kucing (secara pembedahan) itu akan membuatkan pemilik kucing menyerahkan kucing mereka ke tempat perlindungan kucing. Di sana, kucing berisiko untuk dibunuh jika ia tidak diangkat. – AP
Pemilik kucing haruslah selalu memotong kuku kucing mereka agar kerosakan atau kecederaan dapat dielakkan.
Pemilik kucing haruslah selalu memotong kuku kucing mereka agar kerosakan atau kecederaan dapat dielakkan.

Goode yang merupakan sukarelawan di Pusat Perlindungan Kucing, Only Hope memberitahu bahawa dia menjaga kucing yang telah dibuang kukunya. Selalunya, kuku di bahagian depan kaki kucing sahaja yang dibuang. Namun, dia pernah menjaga kucing yang dibuang kuku dari keempat-empat jari kakinya. Kucing tersebut sangat ganas dan mempunyai masalah semasa menggunakan kotak najis kerana kakinya sakit, jelasnya.

Pembuangan kuku kucing (secara pembedahan) bukan lagi perkara yang kerap dibuat seperti dulu, kata Dr. James Nelson dari Hospital Ewing Veterinary. Beliau telah bertugas sebagai doktor haiwan selama 35 tahun.

Dia selalunya melakukan prosedur itu atas sebab kucing mencederakan binatang lain atau mengoyakkan perabot. Dia pernah melakukan prosedur itu ke atas kucingnya yang telah “mencakar anak saya yang berumur setahun di bahagian matanya.”

“Kucing terbangun disebabkan oleh sakit kesan prosedur itu, tapi mereka tidak menangis atau menjadi gila,” kata Nelson. “Mereka tidak apa-apa.”

AVMA risau jika pengharaman pembuangan kuku kucing (secara pembedahan) itu akan membuatkan pemilik kucing menyerahkan kucing mereka ke tempat perlindungan kucing. Di sana, kucing berisiko untuk dibunuh jika ia tidak diangkat.

“Jika masalah tingkah laku kucing tidak berjaya ditangani, kami rasa pembuangan kuku kucing (dengan cara pembedahan) lebih baik dari penyerahan kepada pusat perlindungan haiwan,” kata Johnson. – AP

ARTIKEL YANG SAMA