Adakah tasik agung Kashmir dapat diselamatkan?

Adakah tasik agung Kashmir dapat diselamatkan?

TASIK WULAR, terletak di kaki banjaran Himalaya bahagian Kashmir, sebuah tasik air tawar yang sebelum ini merupakan antara tasik terbesar di Asia. Namun kini Tasik Wular telah semakin mengecut menjadi paya yang berbau busuk.

Hanya dengan melihat pemandangannya sudah menjengkelkan Mohammed Subhan Dar. Namun beliau mengakui secara tidak langsung beliau juga bertanggungjawab atas masalah itu.

Mohammed merupakan salah seorang daripada berpuluh orang penduduk kampung yang digaji pada tahun 1950-an oleh kerajaan daerah untuk menanam berjuta-juta pokok willow yang menyedut air tasik tersebut.

Matlamat penanaman adalah untuk menghasilkan kawasan ladang yang luas bagi kayu api dan balak untuk binaan dan kayu kriket. Kesannya, menghampiri kemusnahan bagi tasik tersebut, apabila pokok-pokok menyedut airnya dan akar-akarnya memenuhi tanah, meninggikan tanah.

Tasik tersebut, kini kurang daripada separuh kapasiti asalnya, tidak lagi berpusar-pusar dan menghasilkan ombak besar. kanak-kanak sudah lama berhenti bermain air tasik itu, malah penduduk kampung tidak lagi menggunakan airnya untuk memasak.

Seorang wanita dilihat mengutip buah berangan di atas kawasan Tasik Wular yang kering kontang. – AP
Seorang wanita dilihat mengutip buah berangan di atas kawasan Tasik Wular yang kering kontang. – AP

“Sebelum ini ia begitu cantik, sangat jernih sehingga anda boleh nampak dasarnya,” kata Mohammed, yang mana keluarganya telah tinggal di tepi tasik selama tujuh generasi. Oleh sebab memerlukan pekerjaan, beliau seorang sahaja telah menanam sekurang-kurangnya dua ekar pokok willow.

Para pegawai Kashmir dan New Delhi mahu membuat pembaikan akibat kerosakan dengan menebang berjuta-juta pokok dan mengorek beberapa bahagian tasik tersebut. Tetapi memulihkan sebuah tasik yang sebegitu luas bukan satu kerja yang mudah, terutama dengan perubahan iklim yang telah mengancam glasier Himalaya yang memerlukan air daripada Wular.

Nama Wular bermaksud ‘cuaca buruk’ dalam bahasa penduduk Kashmir, selama berada-abad ia digambarkan sebagai syurga bagi para penulis, orang kenamaan dan para pengembaran yang berkhemah di sepanjang tebingnya.

Mohammed Azim Tuman masih ingat menghabiskan zaman remajanya di dalam rumah perahu dan berdepan dengan ombak yang tinggi.

“Jantung saya sambil berpegang pada pemegang untuk mengelakkan daripada terjatuh ke dalam air,” kata Tuman, pemilik bagi sebuah perniagaan pelancongan.

“Ketika ribut melanda, ombak begitu tinggi sehingga saya berfikir bahawa ia akan menenggelamkan semuanya.”

Usaha pemulihan

Permukaan dan persekitaran kawasan itu telah mengecut daripada 216 kilometer persegi pada tahun 1911 kepada hanya 104 kilometer persegi pada tahun 2008.

Kelihatan seorang penduduk mengayuh perahunya di Tasik Wular, di mana airnya sudah menjadi keruh. – AP
Kelihatan seorang penduduk mengayuh perahunya di Tasik Wular, di mana airnya sudah menjadi keruh. – AP
Keadaan tasik yang kering akibat bermulanya penanaman pokok willow beberapa dekad yang lalu. – AP
Keadaan tasik yang kering akibat bermulanya penanaman pokok willow beberapa dekad yang lalu. – AP

Di pingir-pingir, masyarakat miskin menjaga kawasan padi dan pada musim luruh pula, mengutip hasil buah berangan air dari kawasan-kawasan cetek tasik tersebut.

“Ia sesuatu yang lumrah di seluruh India, bukan hanya di Kashmir. Kekurangannya dari segi keseimbangan penting antara ekologi dan ekonomi,” kata Anzar A. Khuroo, seorang penolong profesor bagi biodiversiti di Universiti Kashmir di Srinagar.

Sejak tahun 1990, planet ini telah kehilangan 75 peratus kawasan tanah lembapnya kerana masyarakat telah menyedut air dan membuat binaan atas tanah itu. Itu kerap datang dengan kerugian ekonomi, kerana kawasan tanah lembap menyediakan perhidmatan-perkhidmatan termasuk penapisan air, kawalan banjir dan sokongan hidupan liar.

Pada tahun 2008 Wetlands International telah membentuk satu rancangan AS$82 juta untuk mengembalikan ekologi Wular, menganggarkan kos itu boleh dikembalikan dalam tempoh 12 tahun hasil daripada keuntungan balak, stok-stok ikan yang meningkat dan jangkaan 40 peratus dalam letusan eko-pelancongan.

Namun sesetengah pakar merasakan bahawa ia boleh dilakukan dengan lebih murah.

Pada tahun 2011, parlimen India telah meluluskan bajet sebanyak AS$26 juta. Para pegawai kerajaan mula bercakap mengenai sukan air, hotel lima bintang dan taman-taman tepi tasik.

Namun ia bukan semudah itu yang disangka. Sejumlah besar pihak perlu bekerjasama: individu, penduduk kampung dan beberapa badan kerajaan termasuk perhutanan, pertanian, perikanan, kawalan pencemaran dan tentera.

“Saya tidak fikir kerajaan faham mengenai kesukaran kerja yang dilakukan ini,” kata seorang pakar geologi dan glasier, Shakil Romshoo. – AP

ARTIKEL YANG SAMA