Adakan ‘perbicaraan di luar mahkamah’

Adakan ‘perbicaraan di luar mahkamah’

SHANGHAI, 18 Mac (Reuters) – Sebuah mahkamah di China mengadakan perbicaraan di luar mahkamah terhadap lapan pekerja asing yang membantah mengenai gaji yang tidak dibayar. Ianya bertujuan bagi ‘mendidik orang ramai dalam kepekaan undang-undang’, laporan Beijing News hari ini.

Mahkamah China sering mengadakan perbicaraan awam yang melibatkan kesalahan jenayah seperti pengedaran dadah dan rompakan, tetapi perbicaraan seperti itu bagi kesalahan buruh itu jarang berlaku.

Pekerja tersebut didakwa menghalang polis semasa mereka mengadakan protes tahun lepas bagi menuntut gaji yang tidak dibayar daripada majikan mereka, pemaju, kata akhbar itu. Perbicaraan itu telah diadakan pada hari Rabu lalu di Langzhong, wilayah barat daya Sichuan.

Gambar yang diterbitkan dalam talian oleh akhbar itu menunjukkan polis menahan orang di atas pentas berhadapan orang ramai, dengan latar belakang yang mengisytiharkan bahawa ianya adalah satu hukuman awam. Lapan pesalah tersebut telah dijatuhi hukuman antara enam dan lapan bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA