Adam Scott menang lagi

Adam Scott menang lagi

MIAMI, 7 Mac (Reuters) – Adam Scott mengatasi sebahagian drama pada lubang penutup untuk memenangi Kejuaraan WGC-Cadillac di Miami semalam bagi kemenangan keduanya dalam beberapa minggu.

Pemain dari Australia itu, 35, menyelamatkan par selepas pukulan tee sukar pada akhir pertandingan bagi melengkapkan tiga bawah par 69 dan 12 bawah purata 276 bagi kemenangan satu pukulan ke atas Bubba Watson dari AS, yang membuat 68 pukulan di padang Blue Monster di Doral.

Scott, yang memenangi Honda Classic semalam, memulakan persaingan tiga pukulan di belakang pendahulu pusingan ketiga, Rory Mcllroy dan ketinggalan di belakang apabila mencatatkan bogey dua kali pada lubang ketiga dan kelima.

Pemain nombor sembilan dunia itu, memberikan respons dengan menghasilkan enam birdie berturut–turut dalam sembilan lubang dari lubang keenam.

Adam Scott ketika menjulang pialanya. – AFP
Adam Scott ketika menjulang pialanya. – AFP

Di lubang ke 18, Scott membuat pukulan tee tepat tujuh kaki di belakang pokok palma yang berada di laluannya ke green.

Scott terlepas green, tetapi bernasib baik apabila bolanya keluar dari air untuk berada di atas rumput tebal, hanya didalam kawasan sukar. Dia mampu untuk mendapatkan naik dan turun bagi par.

Pendahulu Mcllroy, pemain nombor tiga dunia, tidak mampu untuk berada di atas trek, mencatatkantiga bogey sebelum menghasilkan birdie pertama di par-4 lubang 16. pukulan 74 itu menyaksikan pemain dari Ireland Utara terikat bagi kedudukan ketiga bersama Danny Willet dengan dua pukulan.

Phil Mickelson dari AS mencatatkan bogey pada lubang terakhir untuk menamatkan lubang kelima dengan 279 selepas 70.

ARTIKEL YANG SAMA