ADB rendahkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia

ADB rendahkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia

MANILA, 30 Mac (Agensi) – Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonominya bagi rantau membangun Asia, termasuk Singapura, memberi halangan global dan prospek lebih lemah untuk China sebagai penyebabnya.

Rantau membangun Asia akan berkembang 5.7 peratus tahun ini dan pada 2017, kata ADB, yang berpangkalan di Manila, dalam Ramalan Pembangunan Asia terkini yang dikeluarkan hari ini.

Dalam laporan tinjauan Disember lalu, ADB mengunjurkan pertumbuhan 6 peratus bagi rantau membangun Asia, yang dibentuk 45 negara di Asia Pasifik, tahun ini.

Rantau itu , berkembang 5.9 peratus tahun lalu.

Bagi Asia Tenggara, ia meramalkan pertumbuhan 4.5 peratus tahun ini, daripada 4.4 peratus tahun lalu, dan 4.8 peratus pada 2017.