Adenan pertahan Taib

Adenan pertahan Taib

PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di United Kingdom, Global Witness, yang menuduh Ketua Menteri sebelumnya Tun Abdul Taib Mahmud terlibat rasuah semasa berkuasa.

Pengasas Bersama dan Pengarah Global Witness Patrick Alley melemparkan tuduhan terhadap Taib semasa sesi pleno bertajuk “Keamanan, Kesaksamaan dan Keadilan Sosial: Memerangi Rasuah dalam Pembangunan dan Pelaburan Pasca 2015’ yang diadakan bersempena Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di sini hari ini.