Adidas jangka kos meningkat tahun depan

Adidas jangka kos meningkat tahun depan

FRANKFURT, 24 Dis (AFP) – Syarikat pakaian sukan Jerman dan peralatan Adidas menjangkakan kos meningkat pantas tahun depan disebabkan keputusan dolar yang mengukuh, kata ketua pegawai kewangan (CFO) dalam temu bual akhbar hari ini.

“Akibat perkembangan kadar pertukaran negatif, kos pembelian kami akan meningkat sekitar AS$548 juta tahun depan,” kata CFO Robin Stalker memberitahu akhbar kewangan harian Boersen-Zeitung.

Dolar kukuh merupakan beban bagi syarikat-syarikat seperti Adidas, yang menghasilkan produk-produknya di Asia dan membayar bilnya dalam dolar AS.

Mata wang AS meningkat ke atas euro dan mata wang lain disebabkan pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan AS dan European Central Bank yang berbeza.

Stalker berkata ia bukan kali pertama Adidas berdepan kos pembelian meningkat disebabkan kesan kadar pertukaran atau harga bahan mentah yang lebih tinggi. “Kami sudah bertindak atas hal itu, contohnya mengurangkan pelbagai produk atau meningkatkan harga kami.”