Adidas kekal penaja Jerman

Adidas kekal penaja Jerman

PARIS, 21 Jun (AFP) – Gergasi jenama sukan dunia, Adidas membuat pengumuman penajaan dua kali ganda dengan nilai le-bih 50 juta Euro untuk kekal selaku penaja jersi Jerman sekali gus mengetepikan persaingan daripada Nike.

Penajaan sedia ada Adidas untuk Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) dalam menghasilkan jersi hitam-merah yang dikenali seluruh dunia itu adalah bernilai 25 juta Euro.

Dengan persaingan daripada Amerika Syarikat iaitu Nike yang berhasrat untuk menaja pasukan terbabit dalam usaha menjadikan jenama mereka lebih global, pengeluar Jerman itu terpaksa meningkatkan jumlah penajaan bagi tempoh empat tahun bermula 2018.

“Saya boleh mengesahkan bahawa kami menawarkan 50 juta Euro kepada DFB dan mereka menerimanya,” kata Ketua Eksekutif Adidas, Herbert Hainer pada sidang media di Paris, hari ini.

“Kami memang ditakdirkan bersama.”

Kelihatan para pemain pasukan Jerman memakai baju kit Adidas. – AFP
Kelihatan para pemain pasukan Jerman memakai baju kit Adidas. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Presiden DFB, Reinhard Grindel menyifatkan Adidas sebagai ‘urus niaga paling jelas dan sofistikated dengan rundingan itu adalah paling ekonomi dalam sejarah persekutuan ini. Rundingan mencapai kata putus yang begitu baik’.

Adidas yang berpusat di bandar Bavaria di Herzogenaurach sudah menjadi pengeluar kit rasmi untuk Jerman selama lebih 60 tahun dan sudah bersetuju dengan perjanjian 10 tahun sebelum ini.

Namun mereka sentiasa menerima persaingan daripada Nike yang berjaya merampas kerjasama Adidas untuk menjadi pembekal kit kepada Perancis pada 2011.

Nike turut menaja Brazil, England dan Portugal serta bakal menyediakan kit untuk Switzerland pada 2018.

Selain Jerman, Adidas turut bekerjasama dengan beberapa kelab ternama termasuklah Real Madrid dan Manchester United.

Namun, Chelsea membayar pampasan untuk menghentikan kerjasama mereka bersama Adidas dengan nilai tajaan 380 juta Euros bagi tempoh 10 tahun untuk menandatangani kontrak baru bersama Nike.

ARTIKEL YANG SAMA