Adidas masih setia dengan Blatter

Adidas masih setia dengan Blatter

ZURICH, 4 Okt (Agensi) – Sepp Blatter yang masih bertahan dalam kuasa selepas peningkatan permintaan peletakan jawatan, menerima sebahagian penangguhan apabila dua penaja enggan menyertai empat penyokong korporat FIFA meminta presiden badan induk bola sepak dunia itu pergi sebelum pilihan raya kecemasan pada Februari.

Dalam langkah yang diselaraskan, Budweiser, Coca-Cola, McDonald dan Visa memberikan campur tangan kuat mereka sebagai penaja Jumaat lalu dalam meminta pelepasan segera Blatter dari FIFA.

Blatter, 79, masih bertegas dalam menghadapi penyiasatan jenayah terhadap dakwaan salah laku kewangan, yang menegaskan bahawa pelepasannya bukanlah kepentingan terbaik FIFA ketika ia memberikan respons kepada krisis rasuah dengan reformasi segera. Bagaimanapun, keputusan terhadap masa depan Blatter mungkin di luar kuasanya jika jawatankuasa etika FIFA menggantungnya.

Pengambilan awal Blatter oleh FIFA pada pertengahan 1970an dibantu bekas bos Adidas, Horst Dassler, yang awalnya mengendalikan program kemajuan yang dibiayai oleh Coca-Cola.

Sementara firma minuman ringan adalah penaja pertama pada Jumaat lalu meminta Blatter dengan segera mengosongkan ibu pejabat FIFA di Zurich, Adidas masih lagi setia buat masa sekarang dengan kenyataan yang tidak merujuk kepada pemimpin bola sepak dunia itu.

“FIFA perlu melaksanakan perubahan fundamental bagi kebaikan bola sepak,” Adidas memberitahu Agensi. “Jadinya, proses reformasi itu perlu diteruskan dengan segera dan secara telus.”

Adidas, yang menyediakan bola sepak perlawanan setiap perlawanan Piala Dunia sejak 1970, mempunyai persetujuan bersama FIFA sehingga 2030. Kia, yang menaja FIFA dengan gabungan korporat Hyundai sejak 1999, juga tidak membincangkan mengenai masa depan Blatter.

“Kami di Kia tidak mempunyai sebarang ulasan pada ketika ini berhubung kait Sepp Blatter atau status penajaan kami terhadap FIFA,” kata firma dari Korea Selatan itu.

ARTIKEL YANG SAMA