Adidas sedia tajaan AS$1.1 bilion untuk Jerman

Adidas sedia tajaan AS$1.1 bilion untuk Jerman

HERZOGENAURACH, Jerman, 8 Sept – Adidas dilaporkan bersedia menyalurkan sehingga AS$1.1 bilion (1 bilion euro) bagi memperbaharui penajaan dengan juara dunia Jerman sehingga 2028.

Akhbar Bild berkata hari ini bahawa pengeluar barangan sukan berpangkalan di Jerman itu akan membayar sekurang-kurangnya 942 juta euro kepada Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) untuk melanjutkan kontrak sekarang sehingga 2018, kepada sepuluh tahun lagi.

Jurucakap Adidas, Oliver Brueggen enggan mengesahkan laporan itu, sambil berkata, “Kontrak kami dengan DFB adalah sehingga 2018. Justeru, adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai pembaharuan penajaan berkenaan.

“Bagaimanapun, setentunya kami mahu meneruskan perkongsian kami yang berjaya ini. Adidas dan DFB saling memerlukan.”

Laporan dan kenyataan itu dibuat di tengah-tengah spekulasi baru-baru ini bahawa DFB mungkin akan “merujuk” kepada syarikat pesaing, Nike.

pg24_150909_b

Presiden DFB, Wolfgang Niersbach baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa Nike mempunyai peluang yang sama tetapi turut menyebut mengenai pembida yang lain ketika DFB menjangka mengeluarkan tawaran rasmi menjelang akhir tahun ini.

Perkongsian Adidas dengan DFB bermula sejak Piala Dunia pertama pada 1954 di Switzerland. Kontrak sepuluh tahun sekarang bernilai anggaran 250 juta euro dan sudah pun dipersetujui walaupun Nike dilaporkan menawarkan jumlah tajaan yang berganda, yang dikatakan bernilai 500 juta euro.

Akhbar Bild berkata Nike kini turut bersedia untuk membayar sehingga 1 bilion euro demi memeterai perjanjian sulung dengan DFB. – dpa