Adidas tidak menolak untuk berpisah dengan FIFA

Adidas tidak menolak untuk berpisah dengan FIFA

BERLIN, 16 Dis (dpa) – Ketua Pegawai Eksekutif Adidas Herbert Hainer tidak menolak memberhentikan penajaan syarikat itu terhadap FIFA jika badan mentadbir bola sepak dunia itu tidak membuat sebarang pembaharuan.

Heiner memberitahu akhbar Handelsblatt dalam edisi hari ini bahawa FIFA berada dalam “laluan yang betul” untuk pembaharuan.

Adidas, yang mempunyai perjanjian dengan FIFA sehingga 2030, akan meneruskan kerjasamanya jika pembaharuan dicapai. Jika tidak “kami akan mempertimbangkan apa alternatifnya,” katanya.

Syarikat jenama sukan itu adalah rakan FIFA yang sudah sekian lama membekalkan bola perlawanan Piala Dunia pada setiap kejohanan sejak 1970 dan tahun lepas melanjutkan lagi penajaan mereka.

Herbert Hainer ketika menyatakan pandangannya terhadap badan mentadbir bola sepak FIFA baru-baru ini. - Reuters
Herbert Hainer ketika menyatakan pandangannya terhadap badan mentadbir bola sepak FIFA baru-baru ini. – Reuters

FIFA telah dilanda dengan beberapa tuduhan korupsi dan presidennya Joseph Blatter – sekarang ini digantung oleh pertubuhan jawatankuasa etika akan meninggalkan jawatannya pada Februari.

Adidas menolak untuk menyertai penaja-penaja lain seperti Coca-Cola dan Visa untuk meminta Blatter meletak jawatan serta-merta pada musim panas tetapi berkata satu pembaharuan amat diperlukan.

Hainer berkata dia tidak percaya syarikatnya akan diseret kepada penyiasatan-penyiasatan oleh pihak-pihak berkuasa pendakwa terhadap beberapa bekas dan yang sedang menjawat ketua eksekutif FIFA. Termasuk Blatter yang digantung.

Hainer berkata semua kontrak-kontrak telah diperiksa dan “Saya boleh katakan dengan jelas bahawa kami bersih.”