Adik-beradik dibayangi hukuman penjara

Adik-beradik dibayangi hukuman penjara

Oleh Rafidah Jumat

pg06_160606_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Kerana memiliki pelbagai rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam, lima orang adik-beradik dan dua sepupu mereka dijatuhi denda oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Siti Nuur Nadiah @ Putri binti Hamid, 21, dijatuhi denda $3,500 atau berdepan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu atas dakwaan memili-ki 87 paket rokok.

Siti Nureyislawalti binti Ha-mid, 36, dijatuhi $4,000 atau berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar kerana memiliki 115 paket rokok.

Siti Nada Nadirah @ Biebie binti Hamid, 24, Arnie Linah Merdianah binti Haji Tajuddin, 27, dan Siti Muna Rahmat @ Muna Rahmah binti Hamid, 25, masing-masing memiliki 191, 194 dan 189 paket rokok telah dikenakan denda $6,000 dan jika gagal membayar akan meringkuk di penjara selama enam bulan.

Mohammad Haslan bin Mohd Said, 31, pula dijatuhi denda $5,500 atau berdepan lima bulan penjara jika gagal membayar denda atas tuduhan memiliki 169 paket rokok.

Heronne bin Hamid, 34, yang didakwa memiliki 137 paket rokok dijatuhi denda $4,500 atau berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Simpang 63 Perpindahan Lambak Kanan pada 20 November 2014 ketika serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai pencegah kastam yang mendapat mak-lumat daripada orang ramai.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberi tempoh empat bulan kepada kesemua defendan untuk membayar denda itu.