Adik-beradik dicekup curi tong gas

Adik-beradik dicekup curi tong gas

Oleh Arissa

 

LIMBANG,16 Sept – Hasrat dua beradik untuk membelanjakan wang hasil kegiatan curi tidak menjadi apabila mereka dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah masuk sebuah restoran di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, mangsa yang juga pengusaha restoran, 58 tergamam sebaik menyedari pintu belakang restorannya dipecah masuk ketika hendak memulakan perniagaannya.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau memberitahu hasil pemeriksaan mangsa mendapati tujuh tong gas serta wang tunai bernilai RM500 dilarikan suspek.

Mangsa mengalami kerugian sekitar RM2,000 akibat kejadian itu.

DITEMUI SEMULA... Tong gas yang dicuri suspek.
DITEMUI SEMULA… Tong gas yang dicuri suspek.

“Bertindak atas maklumat tersebut, anggota kita berjaya menahan dua beradik dari Kampung Gumaya berusia 37dan 22 tahun. Masing-masing yang bekerja sebagaiburuh itu juga mengaku telah memecah masuk restoran berkenaan,”ujarnyalagi.

Mohd Bukhori berkata suspek juga telah menjual enam buah tong gas berkenaan dengan harga RM90 kepada sebuah kedai yang menjual barangan tersebut.

“Hasil saringan awal ujian air kencing juga mendapati kedua-dua suspek berkenaan positif dadah,”katanya.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.