Adik-beradik Williams juarai beregu Wimbledon

Adik-beradik Williams juarai beregu Wimbledon

LONDON, 10 Julai – Serena Williams yang menjuarai acara perseorangan semalam, menambah koleksi kejuaraannya apabila mengungguli acara beregu bersama kakaknya Venus dalam acara beregu awal pagi tadi.

Kemenangan itu adalah yang keenam buat adik beradik Williams di Kelab All England dan kejuaraan berganda (perseorangan dan beregu dalam tahun sama) keempat buat Serena sepanjang bergandingan dengan Venus.

Juara bertahan Sukan Olimpik itu menewaskan pasangan Timea Babos dari Hungary dan Yaroslava Shvedova (Kazakhstan) 6-3, 6-4 – sejam selepas Serena merekodkan gelaran grand slam perseora-
ngan ke-22 apabila menumpaskan pemain Jerman, Angelique Kerber 7-5, 6-3.

Bagi Venus, kemenangan itu mengubat kekecewaannya selepas tewas kepada Kerber di separuh akhir Khamis lalu – yang mana menutup peluangnya untuk ke pentas final grand slam pertamanya sejak tewas kepada Serena di Wimbledon 2009.

Serena Williams dan Venus Williams memenangi acara beregu wanita di kejohanan Wimbledon. - AP
Serena Williams dan Venus Williams memenangi acara beregu wanita di kejohanan Wimbledon. – AP

Pasangan adik beradik yang kembali bergandingan tahun ini selepas dua tahun menyepi, sudah merekodkan 14 gelaran grand slam sejak bersama – rekod yang meletakkan mereka menyamai gandingan Gigi Fernandez dari Amerika dan Natasha Zvereva (Belarus) di tangga kedua senarai sepanjang zaman.

Apapun perjalanan mereka masih panjang bagi menyamai rekod 20 kejuaraan yang dilakukan Martina Navratilova dan rakan senegara dari Amerika, Pam Shriver. – AFP