Adik beradik Williams ketuai skuad tenis Olimpik AS

Adik beradik Williams ketuai skuad tenis Olimpik AS

LOS ANGELES, 17 Julai – Pemain nombor satu dunia, Serena Williams yang juga pemenang pingat emas acara beregu pada Sukan Olimpik 2012 bersama kakaknya Venus serta adik beradik Bryan akan mengetuai pasukan tenis Amerika Syarikat (AS) apabila disenaraikan dalam skuad tenis ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.

Serena yang memperoleh gelaran ke-22 Grand Slam di Wimbledon juga akan mempertahankan pingat dalam acara perseorangan yang diperolehnya pada temasya lalu di London.

Dalam acara beregu, dia dan Venus akan cuba memburu pingat emas keempat, selepas kejayaan pada 2000, 2008 dan 2012.

Venus, yang memenangi pingat emas Olimpik acara perseorangan pada 2000, Madison Keys dan Sloane Stephens juga akan turut bertanding dalam acara perseorangan sementara Bethanie Mattek-Sands akan bergandingan dengan CoCo Vandeweghe juga dalam acara beregu wanita bagi AS.

Satu lagi prospek terbesar pingat adalah terhadap Bob dan Mike Bryan, yang juga juara bertahan acara beregu lelaki serta sudah memperoleh 16 gelaran Grand Slam dan menghabiskan lebih 435 minggu di kedudukan teratas ranking dunia beregu lelaki. – AFP