ADMM Plus mulakan Latihan FIT

ADMM Plus mulakan Latihan FIT

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Para peserta Eksesais Keselamatan Maritim dan Antikeganasan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM Plus MS & CT) hari ini memulakan Program Latihan Integrasi Pasukan (Force Integration Training – FIT) bertempat di Pangkalan Tentera Laut Muara.

Melalui program tersebut para peserta akan dapat menyesuaikan diri mereka diantara satu sama yang lain melalui prosedur-prosedur yang ada di samping berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka di dalam bidang keselamatan maritim dan menentang keganasan serta menjalin persahabatan yang akan meningkatkan kerjasama serantau.

Menurut daripada kenyataan Kementerian Pertahanan, Program FIT itu juga akan dapat mengesahkan perhubungan di antara ‘ADMM – Plus Maritime Security Communications’ dan ‘Command and Control (C2) Architecture.’

Sementara itu, satu mesyuarat jawatankuasa pemandu telah diadakan di Pusat Penyelarasan Multinational (MNCC) petang tadi yang telah dihadiri oleh kedua-dua Pengarah Latihan Bersama, Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus (EWG) Pengerusi Bersama Keselamatan Maritim yang ada di Negara Brunei Darussalam dan New Zealand.

(Dari kiri) Nicholas Lim, Kumpulan Penilaian Komprehensif Maritim; Timbalan Komander Tentera Laut Diraja Brunei; Pengarah Operasi Bersama Angkatan Tentera Republik Singapura; Komander Pasukan Bersama ABDB; Pengarah (Asia) Kementerian Pertahanan New Zealand; Penyelaras Serantau Kementerian Pertahanan New Zealand, Anita Lewan; dan wakil Jawatankuasa Pemandu Anti Keganasan, Angkatan Tentera Republik Singapura. – Gambar Kementerian Pertahanan
(Dari kiri) Nicholas Lim, Kumpulan Penilaian Komprehensif Maritim; Timbalan Komander Tentera Laut Diraja Brunei; Pengarah Operasi Bersama Angkatan Tentera Republik Singapura; Komander Pasukan Bersama ABDB; Pengarah (Asia) Kementerian Pertahanan New Zealand; Penyelaras Serantau Kementerian Pertahanan New Zealand, Anita Lewan; dan wakil Jawatankuasa Pemandu Anti Keganasan, Angkatan Tentera Republik Singapura. – Gambar Kementerian Pertahanan

pg12_160503_b

Latihan integarasi pasukan sedang dijalankan.
Latihan integarasi pasukan sedang dijalankan.

Hadir pada mesyuarat itu, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB; Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat selaku Pengarah Bersama Latihan; Pengarah Operasi Bersama, Angkatan Bersenjata Singapura, Brigadier Jeneral Tan Kok Ming Desmond serta Timbalan Komander Tentera Laut Diraja Brunei selaku pengerusi bersama EWG Keselamatan Maritim; Kapten Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily; serta Pengarah Asia Kementerian Pertahanan New Zealand, Mike Thompson.

Mesyuarat tersebut menyentuh mengenai dengan pengemaskinian status pelaksanaan latihan yang dirancang untuk belayar pada 5 Mei ke Republik Singapura.

Eksesais ADMM-Plus MS & CT akan dilancarkan esok 3 Mei, bertujuan untuk menggalakkan kerjasama praktikal maritim dalam perkongsian maklumat di kalangan negara-negara ADMM-Plus dan membina kefahaman yang sama untuk mewujudkan serta mengamalkan prosedur antara operasi asas dalam perkara-perkara Keselamatan Maritim, termasuk laporan dan menaiki garis dasar prosedur dalam operasi maritim pelbagai hala.

ARTIKEL YANG SAMA