Adriano sertai AC Milan

Adriano sertai AC Milan

MILAN, 3 Julai (Reuters) – Shakhtar Donetsk sudah menjual peledak utamanya, Luiz Adriano kepada AC Milan, pada harga 8 juta euro, umum kelab dari Ukraine itu semalam.

Kelab Milan juga mengesahkan pemain itu akan mengikat kontrak selama empat tahun.

Pemain Brazil itu sudah bersama Shakhtar selama lapan tahun dan memenangi kejuaraan Liga Europa, enam kejuaraan liga Ukraine dan empat Piala FA serta menjaringkan 129 gol dalam semua jenis pertandingan.

Musim lalu, dia menjaringkan sembilan gol termasuk hatrik pada saingan Liga Juara-Juara, ketinggalan satu di belakang pendahulu bersama, Neymar, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini, Adriano, 28, bermain untuk kelab Internacional yang memenangi kejuaraan Piala Kelab Dunia pada 2006.

Luiz Adriano akan bermain bersama kelab AC Milan. – Reuters
Luiz Adriano akan bermain bersama kelab AC Milan. – Reuters

Dia sudah bermain empat kali bersama Brazil bermula ketika negara itu menewaskan Turki, 4-0, tahun lalu.

“FC Shakhtar mengucapkan terima kasih kepada Luiz Adriano atas khidmatnya sepanjang bersama pasukan, untuk jaringan dan rekod yang dicatatkannya,” kata kenyataan kelab itu.

“Kami mengucapkan selamat berjaya kepada beliau bersama kelab baharunya dan kemenangan bakal dikecapi.”