Advocaat sandaran Fenerbahce ubah nasib

Advocaat sandaran Fenerbahce ubah nasib

FILES-FBL-ENG-TUR-NLD-FENERBAHCE-ADVOCAATISTANBUL, 16 Ogos – Jurulatih dari Belanda Dick Advocaat semalam tiba di Istanbul untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus gergasi Turki, Fenerbahce dan menterbalikkan nasib kelab itu selepas gagal mencatatkan kejayaan musim lalu dan tersingkir dari Liga Juara-Juara tahun ini.

Pelantikan segera Advocaat itu menyusul selepas Vitor Pereira dipecat dalam perbalahan yang berakhir dengan kelab menamatkan kontrak jurulatih dari Portugal itu.

Dia tiba lewat petang di lapangan terbang Sabiha Gokcen, Istanbul bagi perbincangan akhir, kata saluran televisyen Fenerbahce.Dalam proses pantas itu, dia akan mengendalikan latihan pasukan itu hari ini, saluran NTV dan harian sukan Fanatik melaporkan.

Dalam kenyataan kepada Fanatik, Advocaat, 68, dilihat mengesahkan pelantikan itu, yang mana dia berkata merasakan tidak akan menolak untuk menguruskan kelab tetapi Fenerbahce membuat tawaran yang sukar ditolak.

“Fenerbahce memberikan saya tawaran luar biasa. Dan saya bersetuju. Anda tidak akan menolak tawaran dari kelab besar,” dia dipetik sebagai berkata.

Dalam kerjaya pengurusan yang menarik lebih tiga dekad bersama sekitar belasan kelab dan negara termasuk termasuk Zenit St Petersburg dan Sunderland. Fenerbahce memutuskan untuk berpisah dengan Pereira selepas kekalahan pasukan itu kepada Monaco dalam pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara awal bulan ini.

Lembaga kelab berazam untuk mendapatkan pengurus baru apabila Fenerbahce menentang Grashopper of Zurich dalam play-off perlawanan pertama Liga Europa di Istanbul Khamis ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA