AEC masih jadi keutamaan selain TPP

AEC masih jadi keutamaan selain TPP

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) masih menjadikeutamaan kepada Malaysia walaupun negara memutuskan untuk menyertai PerjanjianPerkongsian Trans-Pasifik (TPPA), menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ASEAN masihmenjadi nombor satu dalam senarai keutamaan negara dari segi ekonomi dan politik.

“Malaysia telah mewujudkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan kebanyakan negara yang terlibat dalam perbincangan TPP.

“ASEAN akan menjadi asas kita. Keutamaan kita masih sejajar denganASEAN,”katanya semasa berucap pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional di sini.

Mustapa berkata ASEAN terdiri daripada 10 negara anggota manakala TPP mempunyai empat negara daripada 12 negara, yang penting kepada Malaysia iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

“Kita tertarik dengan negara-negara yang kita tidak mempunyai FTA lagi.

“Kita akan mendapat akses pasaran yang lebih besar melalui pasaranbaharuseperti Mexico dan Kanada,” katanya, sambil menambah Malaysia akan mendapat manfaat dari segi akses untuk komponen kereta dan minyak sawit ke Kanada.

Selain itu, Mustapa berkata syarikat Malaysia yang beroperasi dinegara-negara TPP juga akan dapat mengakses kemudahan yang lebih baik.

“Komuniti Ekonomi ASEAN akan berterusan dan TPP akan menjadi satu penambahbaikan kepada rangkaian perdagangan kita,” kata Mustapa.  – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA