Aerobic for Nepal 26 Julai

Aerobic for Nepal 26 Julai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Bagi membantu mengisi Tabung Kemanusian Gempa Bumi Nepal, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan ‘Aerobic for Nepal’ pada 26 Julai depan bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi yang akan diadakan di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Penyertaan acara ini dibukakan kepada semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dengan bayaran $5 seorang. Tiket penyertaan boleh didapati di Bahagian Sukan, Tingkat 6, Jabatan Belia dan Sukan, Bangunan KKBS atau di pintu masuk Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 26 Julai nanti.

ARTIKEL YANG SAMA