Aewon taja 150 helai kemeja T

Aewon taja 150 helai kemeja T

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai budaya serta tradisi masyarakat Brunei, peserta program Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-41(SSEAYP 41) dengan kerjasama Badan Pergerakan Mahasiswa/Mahasiswi Fakulti Seni dan Sains Sosial (BPMFASS) Universiti Brunei Darussalam akan mengadakan Festival Pergerakan Kebudayaan Belia selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Ogos di Taman Jubli Perak, Bandar Seri Begawan.

Sehubungan dengan itu, penganjur bersama festival berkenaan menerima tajaan berupa baju kemeja T sebanyak 150 helai daripada Aewon dengan penyampaian tajaan diadakan di Dewan Galeri Aewon, Kiarong, hari ini.

Tajaan dari Aewon disampaikan oleh Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia Aewon, Awang Mohd Yusof Abdullah kepada Ketua Belia SSEAYP 41, Haji Mohd Paizzal bin Haji Piluk.

Festival yang membawa tema, Warisan Tanah Air Ku, bermatlamat untuk mengukuhkan integrasi kebudayaan dalam pelbagai aspek, mendalami kefahaman, penghargaan dan pemuliharaan budaya dan tradisi Brunei, memahami peranan dan kesannya kepada masyarakat serta untuk membangunkan pemikiran dan meningkatkan lagi kegiatan proaktif belia di Brunei.

Haji Mohd Paizzal menerima tajaan baju kemeja T yang disampaikan oleh Awang Mohd Yusof di majlis yang diadakan di Dewan Galeri Aewon, Kiarong, kelmarin.
Haji Mohd Paizzal menerima tajaan baju kemeja T yang disampaikan oleh Awang Mohd Yusof di majlis yang diadakan di Dewan Galeri Aewon, Kiarong, kelmarin.

Festival itu juga diharap akan mendedahkan budaya-budaya popular di Brunei dan menarik minat mereka untuk mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan luar dan sihat.

Pelbagai acara dan pameran akan diadakan sepanjang festival itu dan orang ramai terutama golongan belia adalah dialu-alukan untuk hadir dan mengambil bahagian dalam kegiatan yang diadakan termasuk pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan bagi memeriahkan lagi festival berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA