AFC gantung pengurus Timor Leste

AFC gantung pengurus Timor Leste

SINGAPURA, 1 Jun (Reuters) – Pengurus pasukan bola sepak bagi Timor Leste telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) selepas skandal menentukan perlawanan terbongkar pada Sukan Asia Tenggara (SEA GAMES).

“Orlando Marques Henriques Mendes, pengurus pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Timor-Leste, digantung dari semua aktiviti berkaitan bola sepak,” kata AFC dalam kenyataan hari ini.

Biro Penyiasatan Kegiatan Rasuah Singapura (CPIB) pada Jumaat lalu berkata mereka telah menahan seorang penentu perlawanan setempat dan beberapa “rakan komplot” kewarganegaraan berbeza tanpa menamakan mereka, sebelum sepak mula berlangsung dalam sukan yang diadakan dua tahun sekali itu.

CPIB juga berkata sebahagian ahli dari Timor-Leste membantu mereka dalam menjalankan penyiasatan.

Pasukan itu beraksi dalam perlawanan pembukaan mereka pada Sabtu lalu, tewas 1-0 kepada Malaysia.

AFC berkata penggantungan Mendes itu akan berlanjutan selama 30 hari selepas menerima laporan dari penganjur Sukan SEA dari penyiasat CPIB.

“AFC telah membuka prosiding disiplin ke atas Mendes atas dakwaan pelanggaran Bab 21 (rasuah) dan 25 (integriti perlawanan dan persaingan) Kod Etika AFC, dan Bab 62 (rasuah) dan 69 (mempengaruhi perlawanan) bagi Kod Disiplin AFC,” kata persekutuan itu.

“Penggantungan itu mungkin dilanjutkan bagi 20 hari lagi.”

ARTIKEL YANG SAMA