AFC sokong Platini

AFC sokong Platini

KUALA LUMPUR, 31 Julai (AFP) – Persekutuan Bola Sepak Asia menyokong Michel Platini untuk mengambil alih FIFA kerana percaya warga Perancis itu akan membantu memastikan peralihan yang lancar bagi FIFA dari era Sepp Blatter yang dicemari skandal.

Pengesahan AFC penting untuk ketua bola sepak Eropah itu yang sebelum ini mengesahkan beliau akan bertanding untuk presiden FIFA di mana dia dianggap calon tersohor.

Blatter mengumumkan akan berundur tidak lama selepas dipilih semula sebagai presiden Jun lalu berikutan terbongkarnya skandal rasuah terbesar. Pilihan raya ditetapkan pada 26 Februari tahun depan.

“Kami sudah sedia maklum keputusan Michel Platini untuk bertanding dan dia sudah pasti calon unik yang akan membawa kestabilan dan peralihan lancar kepada FIFA dalam keadaan yang sukar ini,” kenyataan Presiden AFC Sheikh Salman Bin Ibrahim Al Khalifa dipetik sebagai berkata.

“Dalam usaha penstabilan, (FIFA) memerlukan kepimpinan, pengalaman dan idea-idea baru, tetapi di atas semua ia memerlukan bola sepak menjadi keutamaan.”

Beliau menggesa 47 anggota AFC untuk kekal sebagai bersatu di belakang calon tunggal terbaik itu.”

Platini, 60, bekas bintang Juventus dan Perancis yang mengetuai UEFA, dalam senarai pendek yang diisytiharkan dan mungkin bersama calon lain termasuk Putera Ali bin al Hussein dari Jordan dan jutawan Korea Selatan Chung Mong-Joon, yang mengesahkan pencalonan beliau awal semalam. Platini telah meningkatkan gesaan untuk pembaharuan badan dunia itu sejak kebelakangan ini.

Gesaan beliau dititikberatkan sejak pihak berkuasa AS mendakwa 14 orang kerana disyaki terlibat rasuah termasuk tujuh pegawai FIFA yang ditahan di Zurich Mei lalu.

Kenyataan AFC yang berpangkalan di Kuala Lumpur, yang menjadi penyokong utama Blatter berkata, “kita juga harus ingat presiden FIFA sebahagian daripada FIFA, jadi itulah sebabnya penting untuk melakukan pembaharuan yang betul”.

“Semua orang menerima keperluan untuk perubahan dalam FIFA dan sebagai tambahan kepada perubahan presiden, kebanyakan negara lain dalam FIFA dan cara ia berfungsi perlu dimodenkan juga,” kata Presiden AFC, tanpa memberi butiran khusus.

ARTIKEL YANG SAMA