Afghan sokong keputusan AS

Afghan sokong keputusan AS

KABUL, 16 Okt (AFP) – Kabul menyambut baik keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan beribu-ribu tentera di Afghanistan pada 2016, dengan ikrar akan bertindak balas terhadap kebangkitan semula Taliban ‘dengan sepenuhnya’ meskipun pihak pemberontak berjanji akan memperjuangkan jihad sehingga tentera terakhir Amerika meninggalkan tempat itu.

Keputusan Presiden Barack Obama semalam untuk mengekalkan pasukan tentera AS dengan anggota seramai 9,800 orang di Afghanistan sehingga tahun depan, ketika beliau mengakui pasukan Afghan belum bersedia untuk mempertahankan bersendirian.

Dengan menyifatkan rancangan itu ‘perkara betul untuk dilakukan’ Obama mengakui ‘pasukan Afghan masih belum sekuat yang diperlukan’.

“Selaku ketua pemerintah, saya tidak akan membiarkan Afghanistan digunakan sebagai tempat perlindungan para pengganas untuk menyerang negara kita lagi,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Afghanistan menyambut baik keputusan itu, dengan mengatakan dalam satu kenyataan lewat semalam bahawa ‘ia akan bertindak balas terhadap kebimbangan dan keganasan dengan sepenuhnya,” tetapi menambah kata ia akan terus ‘membuka ruang kepada perdamaian’.

ARTIKEL YANG SAMA