Afghan tegah senapang mainan

Afghan tegah senapang mainan

KABUL, 22 Julai – Afghanistan telah mengharamkan penggunaan dan penjualan senjata mainan, menurut pegawai hari ini, selepas sekurang-kurangnya 116 kanak-kanak mengalami kecederaan di bandar itu semasa perayaan Aidilfitri tiga hari baru-baru ini.

Kemalangan itu berlaku ketika kanak-kanak bermain dengan senapang plastik, yang menjadi permainan utama ketika perayaan itu.

“Kementerian Dalam Negeri telah menegah penjualan mainan senjata. Ia adalah salah satu usaha untuk mencegah keganasan di kalangan kanak-kanak. Keselamatan didahulukan,” kata jurucakap Sediq Sediqqi.

Senapang air plastik yang menembakkan peluru getah atau plastik telah menjadi semakin popular di kalangan kanak-kanak beberapa tahun kebelakangan, satu trend yang aktivis dan ibu bapa salahkan ke atas budaya senjata Afghanistan.

Senapang dan senjata api dapat dilihat di mana-mana, bermula dari kedai-kedai dan restoran hingga di sekolah-sekolah dan tempat permainan, terutamanya untuk keselamatan.

Menteri Dalam Negeri, Noorolhaq Olomi mengarahkan semua senjata mainan untuk dikumpulkan dari kedai-kedai semalam.

Kebanyakan ibu bapa menyokong langkah tersebut.

“Saya sangat menyokong usaha ini kerana senapang mainan adalah satu cara untuk menggalakkan kanak-kanak untuk terlibat dalam keganasan,” kata Basir Ahmad, ayah kepada dua anak di Kabul. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA