Afghanistan jangka mulai rundingan dengan Taliban

Afghanistan jangka mulai rundingan dengan Taliban

NEW DELHI, 5 Feb – Afghanistan menjangka akan memulai semula rundingan damai dengan Taliban dalam tempoh enam bulan, ketua eksekutif Abdullah Abdullah berkata semalam, dengan menaruh harapan pada kumpulan-kumpulan dalam kumpulan militan Islam yang menurutnya mungkin bersedia untuk menamatkan keganasan.

Rundingan antara Kabul dan Taliban Afghan telah tertangguh sejak usaha-usaha gagal tahun lalu selepas diketahui bahawa Mullah Mohammad Omar, pengasas dan ketua gerakan itu, telah meninggal dunia selama dua tahun, yang mengakibatkan kumpulan itu dalam keadaan kucar kacir.

Abdullah berkata kematian Omar telah mengakibatkan Taliban begitu berpecah belah, yang merumitkan rundingan, tetapi ada alasan untuk mengharap bahawa rundingan untuk menamatkan pertumpahan darah 15 tahun di negara Asia Selatan mungkin disambung semula.

“Mungkin terdapat kumpulan dikalangan Taliban yang mungkin bersedia berunding dan menamatkan keganasan,” Abdullah memberitahu Reuters dalam temu bual di New Delhi, yang mana dia telah mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin India berhubung isu-isu dua hala. “Ia seharusnya lebih awal dari enam bulan,” kata Abdullah, apabila ditanya bila dia menjangkakan rundingan dengan Taliban akan bermula.

Menurutnya beberapa perhubungan diadakan antara kumpulan-kumpulan Taliban yang bersedia menghentikan keganasan dan agensi-agensi Afghan, tetapi dia enggan memberikan butiran lanjut.

Abdullah bercakap semasa temu bual dengan Reuters di New Delhi, India. – Reuters
Abdullah bercakap semasa temu bual dengan Reuters di New Delhi, India. – Reuters

Ulasannya dibuat sebelum rundingan antara empat kuasa AS, China, Pakistan dan Afghanistan di Islamabad pada 6 Feb untuk meletakkan asas bagi rundingan yang diinginkan oleh kerajaan presiden Afghan Ashraf Ghani untuk diadakan dengan kumpulan pemberontak.

China mempunyai peranan untuk dimainkan dalam proses damai Afghanistan kerana cabaran yang dihadapinya di wilayahnya, Xinjiang dari Gerakan Islam Timur Turkestan, yang juga bertempur bersama-sama Taliban di Afghanistan, menurut Abdullah. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA