Afghanistan lancar vaksin polio

Afghanistan lancar vaksin polio

KABUL, 29 Ogos – Afghanistan pada hari ini melancarkan satu kempen pemvaksinan polio dengan tujuan untuk menyasarkan kanak-kanak di kawasan yang sebelum ini dikawal oleh militan kumpulan Islamic State, kata pegawai. Afghanistan dan Pakistan adalah dua buah negara di dunia di mana polio masih merupakan endemik – hakikat yang dipersalahkan ke atas tentangan terhadap pemvaksinan oleh kumpulan Islam, yang mendakwa vaksin adalah satu komplot untuk memandulkan penduduk Islam atau satu topeng untuk pengintipan.

Kempen lima hari terbaru ini dijangka mencecah kira-kira 9.5 juta kanak-kanak di seluruh negara, beritahu menteri kesihatan Sardar Parwiz kepada AFP, dengan pegawai berharap dapat menggunakan pertempuran yang berkurangan di timur ekoran kejayaan berturutan daripada operasi tentera yang disokong oleh AS.

“Kami telah pun mulai menghubungi penduduk tempatan di kawasan yang ditawan semula daripada Daesh (IS). Kami akan menghantar kumpulan kami ke kawasan berkenaan, namun jika mereka menghadapi sebarang masalah, kami akan meminta penduduk kampung untuk membawa anak mereka ke klinik kami di kawasan yang lebih selamat,” kata beliau.

Seorang pekerja kesihatan Afghanistan menitiskan vaksin polio untuk seorang kanak-kanak semasa kempen pencegahan di Wilayah Surkh Rod, kelmarin. – AFP
Seorang pekerja kesihatan Afghanistan menitiskan vaksin polio untuk seorang kanak-kanak semasa kempen pencegahan di Wilayah Surkh Rod, kelmarin. – AFP

Pejuang yang menjanjikan kesetiaan kepada kumpulan IS berjaya mengawal beberapa daerah di timur wilayah Nangarhar di sempadan dengan Pakistan, sebelum mereka disingkirkan oleh tentera Afghan dan NATO.

Bulan lalu, tentera Afghan yang dibantu oleh serangan udara AS merampas sebahagian besar daerah pergunungan Kot di Nangarhar, kubu utama IS di mana pejuang jihad menubuhkan mahkamah Syariah dan kem latihan yang memaparkan bendera hitam mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA