Afghanistan pohon bantuan untuk bina semula negara

Afghanistan pohon bantuan untuk bina semula negara

BRUSSELS, 2 Okt – Presiden Afghanistan akan bertemu dengan kuasa-kuasa dunia semasa persidangan besar di Brussels minggu depan dalam bidaan untuk menjamin bantuan kewangan dari komuniti antarabangsa sehingga 2020 untuk membina semula negara yang dilanda perang.

Mesyuarat pada 4 dan 5 Oktober akan cuba untuk melobi bagi mendapatkan sokongan dari komuniti antarabangsa yang menderita daripada keletihan bantuan ketika ia bergelut dengan konflik di Syria dan Iraq yang ditambah dengan krisis migrasi terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon antara mereka yang akan menyertai hos presiden Afghan, Ashraf Ghani dan Presiden EU, Donald Tusk.

Bantuan kewangan adalah ‘penting’ untuk membawa peralihan strategi baru ke arah kestabilan dan kemungkinan keamanan’ di Afghanistan, meskipun negara itu tidak ‘menjadi tajuk utama sejak beberapa tahun’, kata pegawai menjelang persidangan itu.

“Tidak ada yang mampu menanggung Afghanistan untuk menyahstabilkannya semula,” tambah pegawai kanan EU.

Lebih 70 buah negara dan 25 organisasi antarabangsa akan menghadiri acara berkenaan, yang muncul hanya sebelum ulang tahun ke-15 bagi serangan yang diketuai AS ke atas Afghanistan selepas serangan 9/11.

Afghanistan masih lagi bergelut untuk rundingan damai bersama Taliban dan kumpulan militan lain yang terus melancarkan pemberontakan maut.

Persidangan Brussels menyusuli mesyuarat yang diadakan di Tokyo pada 2012 di mana komuniti antarabangsa bersetuju untuk menyediakan empat bilion euro setahun bagi pembiayaan sehingga tamat 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA