Afifah Nasir tidak mahu dibayangi populariti kakak

Afifah Nasir tidak mahu dibayangi populariti kakak

KUALA LUMPUR – Pendatang baru dalam seni lakonan, Afifah Nasir, tidak mahu dibayangi populariti dua kakaknya, sebaliknya ingin mencipta imejnya tersendiri untuk melakar nama dalam bidang perfileman.

Namun begitu, Afifah, 23, anak keempat daripada lima beradik, yang juga lulusan psikologi dan komunikasi, berkata beliau bersedia sekiranya kualiti lakonannya dibandingkan dengan kakak kesayangannya, Anzalna, 28, dan Mia, 25.

“Setiap hari merupakan proses pembelajaran bagi saya yang masih mentah dalam bidang ini, terutama untuk mempelajari selok-belok dunia hiburan,” katanya kepada pemberita di majlis minum petang bersama barisan pelakon drama bersiri ‘Pengantinku Jatuh Dari Langit’.

Afifah Nasir, tidak mahu dibayangi populariti dua kakaknya iaitu Anzalna dan Mia dalam bidang perfileman.
Afifah Nasir, tidak mahu dibayangi populariti dua kakaknya iaitu Anzalna dan Mia dalam bidang perfileman.

ARTIKEL YANG SAMA